Ada sebabnya dan banyak kelebihan bagi pasangan yang baru berkahwin, disarankan memulakan kehidupan berkeluarga dengan membeli kediaman bersaiz kecil atau sederhana dahulu berbanding terus membeli rumah besar.
Baca perkongsian dariapada Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
MENGAPA RUMAH KECIL DULU BILA MULA KAHWIN?
Sewaktu pengembaraan Seminar Rumah Lelong baru baru ini, saya jumpa dengan pasangan romantis di Sabah yang dah 15 tahun menetap disana. Mereka berasal dari semenanjung belum pasti tinggal dimana. Indahnya Sabah sehingga mereka tak pasti nak balik atau nak tinggal disana.
Kita semua pernah alami dilema ini.
Membeli rumah dan hartanah menyediakan tiga peluang kepada kita :
1. Sebagai Tabungan ; Jika kita tak bayar rumah RM1200 sebulan, kita pastinya tak akan menabung untuk menyimpan.
2. Sebagai Pelaburan : Hartanah yang baik beri nilai peningkatan tahunan sekitar 8%-10% dari nilai yang kita beli awalnya.
3. Sebagai Pendapatan : Hartanah boleh disewakan dan boleh jadi pendapatan pasif kita. Pastikan hartanah yang sihat dan beri positive cashflow pada kewangan kita.
Kawan kawan,
Mulakan dengan kediaman yang kecil dan sederhana. Lupakan dulu rumah agam macam drama TV3, akan sampai masanya kita ada. Waktu mula kahwin, mulakan dengan kediaman kecil.
Semakin kecil kediaman kita, semakin besar tabungan kita, makin besar peluang unutk mengembara lihat dunia fana ini.
7 Kelebihan Beli Rumah Kecil Sewaktu Mula Berkahwin
1. Meningkatkan Kupayaan Menabung
Dengan beban kewangan yang lebih ringan, anda boleh menabung lebih banyak wang untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak atau pelaburan.
2. Mudah Untuk Dijual Atau Disewakan
Rumah kecil cenderung lebih mudah dijual atau disewakan sekiranya anda memutuskan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar pada masa depan.
3. Kos Permulaan Lebih Rendah
Rumah kecil biasanya lebih murah, menjadikannya lebih mudah diakses bagi pasangan yang baru berkahwin dan mungkin masih dalam fasa awal kerjaya mereka.
4. Gaya Hidup Sederhana
Rumah kecil mempromosikan gaya hidup yang lebih sederhana dan teratur yang boleh mengurangkan stres dan meningkatkan kualiti hidup.
5. Kos Penyelenggaraan Lebih Rendah
Rumah kecil memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah baik dari segi bil utiliti, kos pembaikan dan penjagaan.
6. Mengurangkan Beban Hutang
Memiliki rumah kecil dapat mengurangkan jumlah hutang yang perlu ditanggung menjadikan pengurusan kewangan lebih mudah dan stabil.
7. Fleksibiliti
Rumah kecil memberikan lebih fleksibiliti untuk pasangan baru berkahwin yang mungkin belum pasti di mana mereka ingin menetap jangka panjang.
Semoga Bermanfaat!
Azizul Azli Ahmad
Mesti Baca:Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun Banyak Kelebihan Antaranya Pelaburan Jangka Panjang
Artikel Menarik:Umur 21 Tahun Adik Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri, Kakak Kongsikan Caranya!
IMPIANA: Jadi buat pasangan yang baru berkahwin, pertimbangkan untuk membeli rumah bersaiz kecil di awal fasa perkahwinan. Banyak kelebihannya, berbanding terus membeli rumah berkeluasan besar.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.