Vauxhall Corsa Electric Yes Edition Diumumkan Sebagai Salah Satu EV Termurah di UK

Vauxhall akan mengeluarkan edisi istimewa Corsa sepenuhnya elektrik yang dipanggil Yes yang akan dijual pada harga dari £26,825 (RM162,522) menjadikannya EV utama yang paling murah pada masa ini di UK.

James Taylor, pengarah pengurusan Vauxhall, berkata: “Dengan Corsa Electric Yes Edition, kami membawa kempen ‘Yes, of Corsa’ yang berjaya ke jalan raya, menawarkan versi Corsa Electric yang boleh diakses dengan reka bentuk GS yang berjiwa muda.

Model Vauxhall ASTRA GS PETROL

“Vauxhall komitmen untuk mendemokrasikan akses kepada kenderaan elektrik, dengan menawarkan versi elektrik bagi setiap kereta dan van yang kami tawarkan menjelang akhir tahun ini dan melalui inisiatif seperti kempen Electric Streets of Britain untuk meningkatkan infrastruktur cas kediaman di jalan UK.”

Berasaskan model GS, Corsa Electric Yes Edition mempunyai kuasa 133bhp yang tampil dengan visual luaran bewarna merah dengan bumbung bewarna hitam.

Model Yes Edition juga dilengkapi dengan lampu dan pengesan hujan automatik, kawalan iklim, lampu depan LED dan lampu siang, bantuan lampu tinggi, kemasukan dan permulaan tanpa kunci, sensor parking belakang, cermin sisi pemandu dan belakang elektrik serta pelbagai teknologi bantuan pemandu.

Kredit Foto : images.squarespace-cdn

Terdapat juga sistem infotainment multimedia Vauxhall, hadir dengan skrin sentuh 10-inci beserta Apple CarPlay dan Android Auto dan integrasi smartphone tanpa wayar, bersama-sama dengan kluster instrumen digital 7-inci dan Vauxhall Connect.

Jarak pemanduan kenderaan ni adalah sehingga 356 KM jauhnya dengan sekali cas dan boleh diisi semula dari 0 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit dari pengisi cas cepat 100kWh.

Corsa Electric Yes Edition akan dijual secara eksklusif hanya dalam talian dengan pesanan akan dibuka mulai 17 April di pasaran UK.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply