Selena Gomez Kini Bergelar Billionaire Termuda. Miliki Kekayaan Bernilai Lebih RM5 Bilion

Siapa sangka si gadis cilik yang dahulu popular menerusi saluran Disney kini bergelar antara billionaire temuda di dunia.

Pelakon, penyanyi, pelabur dan usahawan, Selena Gomez baru sahaja mencapai kejayaan kewangan yang membanggakan. Menurut Bloomberg, nilai bersih kekayaan yang dimiliki selebriti popular ini adalah sebanyak $1.3 bilion atau bersamaan lebih RM5 bilion.

Kejayaannya ini menjadi satu kayu ukur signifikan kerana dia bukanlah berasal daripada keluarga kaya, sebaliknya segala apa yang dimiliki merupakan usaha keras dirinya mengabdikan diri dalam dunia hiburan sebelum bergelar usahawan.

Sebahagian daripada kekayaan pelantun lagu ‘Love You Like a Love Song’ ini datang daripada hasil nyanyian,lakonan dan kerjasama jenama. Namun sebahagian besar kekayaannya berkait dengan produk kecantikan miliknya iaitu Rare Beauty.

BACA JUGA: 10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez

Dilancarkan pada tahun 2020, Rare Beauty kini sentiasa mengungguli carta laku keras di butik kecantikan Sephora dan boleh di dapati 36 negara. Cabang bisnes ini terus menerus memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada bekas kekasih Justin Bieber itu.

Selain itu sosial media juga memainkan peranan penting dalam kejayaan wanita berusia 32 tahun itu. Memiliki lebih 424 juta pengikut diinstagram menjadikannya orang ketiga paling banyak pengikut di belakang Christiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Dilaporkan sebelum ini, kerjasama sosial medianya bersama Puma bernilai $30 juta manakala dengan jenama fesyen Coach pula bernilai $10 juta. Ini baru sekadar menyebut dua jenama yang dilihat baru-baru ini mendapatkan khidmantnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply