‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis!

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega dan teramat berpuas hati selepas polis menahan reman seorang pemandu bas sekolah yang tular kerana memuat naik video konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah.

Berang dengan situasi yang sepatutnya tidak berlaku itu, menerusi sebuah posting di Instagram, Diana meluah rasa hatinya.

Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, turut menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran ibubapa tetap merupakan satu kesalahan.

“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.

“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!

“Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” luahnya.

Di samping itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.

“Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.

“Kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud. Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka,” tegasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Menarik: Dr Say Sekolahkan Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply