Cara Buat Sambal Kering Ikan Selar Kuning, Pilih Ikan Kecil Lagi Sedap

Selalunya sambal kering ini kita gunakan ikan bilis, tapi nak buat ikan segar pun boleh saja. Paling sedap guna ikan selar kecil.
Bila makan sambil gaul sambal kering ini dengan nasi panas, memang syahdu. Gabung pula dengan masak lemak putih, lagilah sedap.
Resipi sambal kering ikan selar kuning
Bahan-bahan 
Ikan selar – dibersih
Cili kering -direbus
Bawang besar -dipotong
Bawang ros -dipotong
Bawang putih -dipotong
Belacan
Asam keping/ air asam
Garam, gula, serbuk perasa
*Kuantiti bahan ikut citarasa
Cara membuat:
1. Gaul ikan selar dengan garam dan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Kisar kering cili kering, bawang dan belacan, jangan guna air.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan dikisar sampai garing.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan ikan selar yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap
Sumber: Zyda Arshad

Posted

in

by

Comments

Leave a Reply