Kisah Inspirasi Seorang Tukang Cuci Dari Johor, Raih Pendapatan Cecah RM 8,000 Sebulan!

Seorang bapa berusia 25 tahun telah membuktikan bahawa tiada pekerjaan yang rendah martabatnya melalui pengalamannya sebagai tukang cuci di Singapura.

Pemuda yang dikenali sebagai Shahrul memutuskan untuk bekerja di Singapura mengikuti jejak kakak iparnya.

Memulakan kerjayanya sebagai pembantu restoran, Shahrul terpaksa berhenti dan mencari peluang baru selama beberapa bulan sebelum akhirnya ditawarkan pekerjaan sebagai tukang cuci.

BACA JUGA: Siti Shuhada Pilih Australia Untuk Sambung Pengajian, Kini Lebih Bahagia Di Perantauan

Walaupun pada mulanya ragu, dia menerima pekerjaan ini dengan hati terbuka dan kini berulang-alik dari Gelang Patah, Johor, ke Singapura setiap hari untuk menampung ahli keluarganya.

“Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan kepada saya. Saya tidak malu dengan pekerjaan ini kerana ia membolehkan saya mencari rezeki secara jujur,” katanya menerusi laporan dalam sebuah portal tempatan.

Dia menceritakan rutin hariannya bermula seawal pukul 5 pagi, membersihkan pejabat, tandas, dan dapur, dan biasanya selesai pada pukul 4 petang, dengan kadang-kadang perlu bekerja lebih masa.

Walaupun menghadapi pandangan skeptikal dari sesetengah pihak, Shahrul tetap berdiri teguh dengan pilihannya, memberi inspirasi kepada banyak orang bahawa setiap pekerjaan mempunyai martabatnya yang tersendiri.

“Selain itu saya akan cuci tandas, pantri, gim, tangga dan membuang sampah sebelum waktu kerja tamat jam 4 petang dan kalau kerja lebih masa sehingga jam 7 malam. Setakat ini orang di sini tidak pernah memandang rendah kepada kami.

“Mereka selalu berkongsi makanan, kadang-kadang berikan tips dan selalu disapa. Saya tak malu dengan tugas saya dan di sini walaupun tukang cuci gaji dibayar mengikut kelayakan, saya dibayar SGD 2,400 (RM8,005.80) termasuk kerja lebih masa,” katanya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Harian Metro


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply