Suami Bila Sudah Berumur, Tengok Isteri Jangan Pakai Mata, Banyak Guna Hati

Suami bila sudah berumur, tengok isteri jangan pakai mata, banyak guna hati. Ada sebabnya bila dah makin berumur, para suami janganlah tengok isteri pakai mata sangat tapi kena banyakkan guna hati dalam menilai setiap pengorbanan dan susah payah isteri dalam menguruskan rumahtangga serta membesarkan anak-anak.

Suami Bila Sudah Berumur, Tengok Isteri Jangan Pakai Mata, Banyak Guna Hati

Semoga perkongsian pandangan oleh Doktor Taufiq Razif ini bermanfaat dan dapat membuka mata buat anda yang bergelar suami.

Bila sudah semakin berumur, jangan tengok isteri jangan pakai mata. Banyakkan guna hati. Kenapa?

1.KULIT

Makin berumur kalenjar minyak (oil gland) pada kulit tak keluarkan minyak sangat. Kulit si dia pun akan makin kering, kusam dan kurang anjal. Tak sama macam zaman honeymoon dulu dah.

2.RAMBUT

Rambut pun akan jadi makin nipis. Makin banyak yang gugur. Pigment rambut pun makin berkurang. Sehelai demi sehelai akan naik uban nanti.

3.KETINGGIAN

Jangan terkejut bila makin tua ni tinggi tubuh badan pun akan makin berkurang. Masa umur 80 tahun nanti tinggi badan akan berkurang sebanyak 5cm daripada tinggi asal tau disebabkan oleh perubahan postur tubuh dan compression pada persendian dan tulang belakang.

4.MATA

Dah makin tua nanti lebih-lebih nak masuk umur 4 dekad mata pun akan mulai perlahan-lahan jadi tak setajam dulu dah. Nak baca suratkhabar dan tulisan tulisan whatsapp kita pun dah tak berapa nampak dah sebab presbyopia bila lensa mata dah mula mengeras sedikit demi sedikit.

5.TIDUR

Tidur pun dah tak semanis zaman honeymoon dulu dah. Isteri yang dulunya tidur macam puteri kayangan sekarang mungkin dah mula berdengkur. Tidur pun dah tak selena dulu. Asyik berjaga dan insomnia je.

 

6.BADAN

Bentuk badan isteri pun dah tak seramping dulu lagi. Metabolisma badan dah makin berkurang. Jisim otot jadi semakin berkurang dan jisim lemak pun semakin menimbun.

Sebab tu saya kata nak tengok isteri tercinta ni kita kena banyak pakai hati. Raut wajah yang kusam tu la yang dah banyak berkerut untuk menahan stress bebanan rumahtangga dan bebanan menjaga zuriat-zuriat kita.

Badan yang tak berapa nak ramping tu la yang dah menanggung perit proses persalinan anak anak kita, proses pantang yang menyeksakan dan proses menyusukan anak-anak yang mana saya rasa takde lelaki yang sanggup nak hadapi semua tu.

Sumber: Taufiq Razif

Baca artikel lain juga: Suami Cukuplah Seorang Isteri Kalau Tak Mampu Adil, Tak Perlu Kahwin Sampai Empat

Suami Anak Mak, Isteri Perlu Bijak Mainkan Peranan, Jangan Sampai Bermusuh Dengan Mak Mentua

Suami Ramai Tak Sedar, Nafikan, Hidup Senang Sebab Tumpang Rezeki Anak & Isteri

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply