Ibu Hamil Kalau Nak Bayi Sihat, List Makanan Ini Perlu Dielakkan

Ibu hamil kalau nak bayi sihat, list makanan ini perlu dielakkan. Kehamilan adalah tempoh yang sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Pada masa ini, keperluan nutrisi bagi ibu hamil meningkat untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan memastikan kesejahteraan ibu itu sendiri.

Ibu Hamil Kalau Nak Bayi Sihat, List Makanan Ini Perlu Dielakkan

Oleh itu, penjagaan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting sepanjang tempoh kehamilan. Berikut perkongsian Nik Mohd Fahmi .

LIMA Jenis Makanan Perlu Dielakkan

1. Elakkan ambil produk berasaskan pati gamat atau pati ikan haruan. Ia adalah super healing yang menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan membawa masalah bila bersalin nanti.

Banyak kes-kes sebelum ini yang guna produk tersebut, akhirnya bermasalah untuk bersalin.

2. Elakkan makan durian. Sebab ia akan menaikkan kadar gula dalam darah. Kalau nak makan sekalipun, seulas sahaja. Lepas tu minum air masak yang banyak.

3. Kurangkan ambil fastfood. Kami pun suka fastfood. Tapi cuba untuk kurangkan dari semasa ke semasa.

Kalau pasal pemakanan, doktor suka terangkan kenapa dan bagaimana.

Tapi bab fastfood doktor Dr tak terangkan apa-apa pun. Pesanan beliau, jangan sentuh fastfood. Itu sahaja.

4. Elakkan minum soya. Dr pernah ceritakan pengalaman minum soya. Masa tu masih muda, jadi masih banyak yang tak tahu.

Memang dapat anak kulit putih, tapi seksanya bila timbul masalah kulit. Nak rawat semula tu, sangat memeritkan. Jadi, Dr pesan jangan ambil soya.

5. Elakkan makan ayam cucuk. Ini agak sukar. Kami pun hari-hari jumpa lauk ayam dan gemar makan ayam. Cuma kita boleh cuba kurangkan.

Kalaupun kita tak boleh elak makan ayam di luar, kita boleh beli ayam organik atau ayam kampung untuk makan di rumah.

SEMBILAN Jenis Makanan Yang Bagus Ibu Hamil Amalkan

1. Minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Saya guna jenama ravika, kurang rasa tengik. Mungkin sebab itu, Dr syorkan yang ni.

2. Minum 1 sudu madu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Kalau nak campur dengan air suam pun boleh. Boleh amalkan madu kelulut. Agak mahal tapi berbaloi. Bagus untuk anak-anak.

3. Minum 1 sudu pati delima sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Saya guna pati delima jenama gulsan. Tapi nak guna yang lain pun boleh juga. Pati delima dan minyak zaitun ini ada kandungan anti oksidan untuk cegah kanser.

4. Amalkan susu kambing. Beli yang segar. Jika tak ada, boleh minum susu lembu segar jenama Goodday.

Dr Marsita bagitahu susu Goodday ini susu fresh. Cuba tengok pada tarikh luput, ia cepat tamat. Jika tak ada juga, barulah beli yang sachet.

5. Amalkan za’faran (safron). Ambil 7 helai atau beberapa za’faran, rendam dalam air suam dan 1 sudu madu.

Tunggu hingga air jadi kekuningan. Boleh bawa bekal ke tempat kerja. Orang kata boleh putihkan kulit bayi bila bersalin nanti. Orang katalah.

Kredit foto: Freepik

6. Makan 7 biji kurma setiap hari. Kalau mampu amalkan setiap hari, tak perlu lagi ambil folic acid ketika mengandung. Dr Marsita bagitahu, dalam kurma itu pun dah sangat banyak. Kurma ni boleh makan dengan banyak cara. Kisarkemudian simpan dalam peti. Campur dengan susu Goodday tadi. Sedap rasanya. Ataupun makan macam tu je.

7. Gantikan jajan anak-anak dengan kekacang yang sihat. Badam, pystachio, hazelnut, walnut. Sangat bagus untuk perkembangan otak.

Jadikan sebagai makanan semasa mengantuk bila memandu, waktu tengok tv dan sebagainya.

8. Kalau ibu-ibu mengandung loya tekak, jangan cari asam. Gantikan asam dengan cranberry. Sangat sedap dimakan terutama bila beli yang dah dikeringkan. Lebih bagus berbanding asam sebenarnya.

9. Minum air kelapa di hujung kehamilan. 8 bulan kandungan dah boleh mula minum. Dr cakap boleh bersihkan kulit bayi ketika bersalin. Memang benar, masa lahirkan insyirah, kulit bersih dan cantik.

Penjagaan pemakanan ibu hamil adalah kunci kepada perkembangan bayi yang sihat serta kesejahteraan ibu. Memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti asid folik, zat besi, kalsium, dan protein dapat membantu dalam memastikan kehamilan yang sihat.

Pada masa yang sama, penting juga untuk mengelakkan makanan yang berisiko seperti alkohol dan kafein. Dengan pemakanan yang seimbang, ibu dan bayi dapat menikmati kesihatan yang lebih baik sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran.

Sumber/Foto: Nik Mohd Fahmi

Baca artikel lain juga: Makanan Kaya Asid Folik Ni Wajib Ibu Hamil Ambil, Baik Untuk Janin!

Ambil Alih Fungsi Sistem Organ Bayi Di Awal Trimester Ibu Hamil, Placenta Perlu Sihat!

Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula, Doktor Bagi Bukan Saja-Saja!

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply