Ibu kepada enam orang cahaya mata dan usahawan berjaya, Datin Sri Shahida Mohd Rashid dipuji wargamaya kerana dilihat semakin langsing dan ramping.
Menurut perkongsian DS Shahida melalui Instagramnya, dia terpaksa berdiet kerana masalah kolesterol dan risiko kencing manis yang dialaminya sehinggakan dia tekad untuk bersenam dan berdiet malah turut kerap berpuasa.
“Banyak betul tanya kenapa saya dah kurus dekat video sebelah. Saya dah hampir 4 bulan memang skip ambil gula, kerap puasa dan juga pergi kelas fitness.
“Asalnya bila buat medical checkup tak berapa cantik, kolestrol tinggi, risiko kencing manis pun hampir-hampir. Jadi saya decide untuk mulakan cara hidup sihat walapun saya ni pemalas nak bersenam,” katanya berkongsi.
Bahkan katanya lagi, walaupun payah diawalnya namun katanya aktiviti bersenam kini menjadi rutin baru yang menyeronokkan.
“Dari terpaksa sekarang jadi hobi pula. Bila tak bersenam rasa ada kekurangan dalam hidup.
“Start dari jangan minum air manis, lama-lama bila dah biasa minum air kosong kita pun tak lalu nak makan benda-benda manis,” tambahnya berkongsi ketika menjawab pertanyaan wargamaya menerusi ruang komen.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut DS Shahida memuji penampilan terbarunya malah memuji kesungguhannya menjaga pemakanan biarpun sudah punya anak ramai. Bukan mudah nak berdiet!
Terdahulu, DS Shahida yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Sri Alif Syukri dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
View this post on Instagram
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.