Tabiat Minum Teh Boleh Ganggu Kesihatan & Punca Penyakit Anemia!

Teh dan rakyat Malaysia memang tak boleh di pisahkan, lagi-lagi jika melepak di kedai mamak.

Namun, ada satu perkara yang kena ambil tahu – minum teh berlebihan boleh ganggu kesihatan, terutamanya bab zat besi dan anemia.

Menurut Dr Zubaidi menerusi perkongsiannya, kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah.

Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat.

Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser.

Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan zat besi. Bagi pesakit anemia, sudah tentu ia menyebabkan tahap zat besi dalam tubuh berkurangan dan ini mengganggu pembentukan haemoglobin. Tahap haemoglobin menjadi yang semakin rendah.

Satu laporan dari Colorado State University mendapati bahawa minum teh boleh mengurangkan penyerapan besi sehingga 60 peratus. Oleh itu, orang yang mempunyai masalah anemia dinasihatkan agar tidak minum teh bersama makanan.

Jika mahu, minum teh perlu 1-2 jam selepas makan supaya kandungan tanin dalam teh tidak mengganggu penyerapan zat besi dari makanan yang kita makan.

Namun menurut kajian lain yang dijalankan oleh M Nelson dan J. Poulter, jika kita tidak mempunyai masalah anemia, kita tidak akan berisiko mengalami anemia. Penurunan tahap zat besi dalam tubuh akan lebih jelas memberikan kesan jika sedia ada mempunyai masalah anemia. Dengan kata lain, jika kita tidak mempunyai anemia atau masalah lain berkaitan dengan tahap zat besi atau penyerapan nutrien, minum teh tidak menjadi masalah.

Namun dicadangkan minum teh tidak boleh melebihi lima cawan setiap hari. Jika diamalkan bertahun-tahun ia boleh menyebabkan kita mengalami risiko kesihatan seperti insomnia, anemia, ketagihan atau pergantungan, dan kerapuhan tulang (osteophorosis).

Memang teh ni ada banyak kebaikan, tapi jangan pandang sebelah mata!

BACA LAGI : Tukar Warna Kereta, Ini Cara Kemaskini Maklumat Di JPJ. Sangat Mudah!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply