Jangan buat main tentang sikap suka ‘stalking’ ni. Memang ia dianggap remeh tetapi ia boleh menggangu orang berkenaan.
Tidak dinafikan ada orang yang suka stalk bekas isteri atau suaminya. Mungkin sukar untuk melepaskan hubungan yang sudah berakhir.
Tindakan ini boleh jadi disebabkan oleh perasaan tidak selesai atau keinginan untuk mengetahui perkembangan hidup bekas pasangan, walaupun secara tidak sedar, ia mungkin melambatkan proses untuk move on dan mencari ketenangan diri.
KESALAHAN JENAYAH!
Menurut seorang peguambela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok, beliau berkongsi info mengenai sikap individu sejenis suka ‘stalking’.
Menurut peguam ini tindakan ‘stalking’ atau menghendap telah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.
“Ia satu kesalahan jenayah. Stalking ini perbuatan yang berulang kali serta berniat untuk menyebabkan kerisauan, ketakutan dan kecemasan terhadap orang lain.”
Katanya lagi, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan atau denda.
Perbuatan ‘stalk’ ini bukan sahaja merangkumi perbuatan fizikal tetapi juga secara online. Ingat mereka yang menggunakan fake akaun boleh dikenakan tidakan sekiranya identiti mereka di kesan.
@lawyergandhi “Stalking” orang merupakan satu kesalahan jenayah? Seksyen 507A Kanun Keseksaan #tiktokguru #lawyergandhi #stalkingmyex ♬ rayuan perempuan gila speed up – lovvyy
Sumber: TikTok lawyergandhi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.