Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak terlepas daripada menerima komen negatif segelintir netizen apabila ‘diperli’ oleh kerana kerap melakukan sesi siaran langsung menjual barangan produk kecantikan jenamanya.
Menerusi perkongsian yang dibuat akaun peminat di aplikasi X, terdapat beberapa pihak yang seakan mentertawakan Siti hanya kerana kerap melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza
Ciap pemilik akaun @bad_arsila itu, walaupun ditertawakan segelintir pihak, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu tetap dilihat sentiasa berkongsi rezekinya kepada mereka yang memerlukan.
“Walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sebagai ‘artis tiada job’ hanya kerana buat live mempromosikan produknya di TikTok dan Instagram.
“Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa mempedulikan kata-kata nista itu. Terima kasih Siti kerana terus berjalan dan berkongsi rezeki,” ciap pemilik akaun X itu.
Ciapan yang dimuat naik individu tersebut turut mendapat perhatian anak tiri penyanyi itu, Asyraf Khalid yang membidas kata-kata kurang enak berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Tak Pernah Menyesal ‘Hilang’ Zaman Remaja, Ibu Tercinta Jadi Tulang Belakang Sebagai Anak Seni
Menerusi ciapan yang dibuat, Asyraf mempersoalkan netizen yang menggelarkan Siti begitu sedangkan ibu tirinya itu sudah beberapa kali mengadakan konsert dalam masa setahun.
“Macam mana boleh kata TokTi tiada job? Tahun ini saja dah berapa banyak konsert dianjurkan? Rasanya macam TokTi tak sempat nak rehat pun tapi orang boleh kata tak ada job,”
“Simplysiti adalah perniagaan dan perniagaan memerlukan marketing dan promosi. Sibuk macam mana pun, Simplysiti tetap di hati,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.