Bakal Singgah Di Kuala Lumpur Disember Ini! Taeyang Hadir Meriahkan Axiata Arena Bagi Konsert Jelajah 2024 ‘ The Light Year’!

Berita baik buat peminat Bigbang dan juga penyanyi terkenal, Taeyang baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah Taeyang 2024 ‘The Light Year’ di Kuala Lumpur pada 7 Disember ini.

Hal itu diumumkan sendiri oleh pelantun lagu Wake Me Up dan Darling itu menerusi media sosial pada 4 September.

Konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur itu bakal diadakan di Axiata Arena pada jam 5 petang.

 Bagi penjualan tiket pula, peminat boleh mula membeli secara talian pada 11 pagi, 7 Oktober akan datang. Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai harga tiket konsert tersebut masih belum rasmi dikeluarkan.

Sekadar info, Taeyang atau nama sebenar Dong Young-bae (36) merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal, Bigbang yang terdiri daripada lima orang anggota.

Taeyang sebelum ini pernah bernaung di bawah YG Entertainment dan terbaru dia berada di bawah pengurusan The Black Label pada tahun 2022. Antara lagu popular yang dihasilkan penyanyi itu semasa bersama The Black Label adalah  ‘Shoong!’ (feat. LISA of BLACKPINK)’ dan ‘VIBE (feat. Jimin of BTS)’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply