Aya Rayana Pilihan Nama Buat Puteri Sulung MK K-Clique & Siti Hajaar. Penuh Dengan Makna!

Genap sebulan menimang cahaya mata, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dan isteri tercintanya, Siti Hajaar mengumumkan nama puteri sulung mereka.

Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram, ada dua nama yang dikongsikan oleh penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu iaitu Aya dan Rayana.

BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

Malah, MK turut berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa Allah S.W.T.

“Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab. Rayana, bermaksud pintu Syurga,” kongsinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap nama yang dipilih MK dan isteri disifatkan mempunyai maksud yang sangat baik.

BACA: Jurusolek Dedah MK K-Clique ‘Request’ Labuhkan Tudung Isteri Tuai Pujian Warganet

“MasyaAllah… sedapnya nama princess,” komen seorang pengikut.

“Subhanallah, sedapnya nama baby girl, semoga membesar dengan bijak solehah dan sihat ya baby Aya Rayana. Amin,” komen pengikut yang lain.

“MasyaAllah tabarakallah…semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat. Amin,” tulis lagi seorang pengguna.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 Jun 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 3 Ogos lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram MK K-Clique

Comments

Leave a Reply