Tip Tanam Tauge Supaya Hasilnya Gemuk-Gemuk, Wajib Letak Baja Ini!

Tauge yang gemuk dan rangup pastinya menjadi idaman setiap penanamnya.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan baja yang betul boleh meningkatkan hasil tauge menjadi lebih gemuk dan subur. Di sini kami kongsikan beberapa tip untuk memastikan tauge yang anda tanam menghasilkan tauge yang sihat dan gemuk.

Ade Sudianto yang merupakan peniaga tauge berkongsi cara beliau menanam tauge untuk jualan.

Cara tanam tauge supaya hasilnya gemuk

Ramai yang berminat dengan penanaman tauge ini, seperti dijanjikan saya kongsi ilmu tanam tauge yang gemuk. Tiada rahsia.

1. Sediakan tong hitam bersama penutup (supaya tak tembus cahaya). Buat lubang di bahagian bawah dengan soldering atau paku panas atau paku yang dipanaskan atau bor mata 1mm. Lubang ini berfungsi sebagai tempat air keluar supaya tak bertakung. Bahagian tepi tong juga perlu dibuat lubang untuk pengaliran udara.

2. Seterusnya, sediakan penapis dan juga bekas untuk cuci kacang hijau. Cuci kacang hijau untuk 1kg. Cuci besih sampai airnya jernih. Buang biji yang rosak, dan pecah. Kemudian tos kacang tadi selama 5 minit.

3. Langkah seterusnya ini penting. Sediakan 5cc ubat taugeh santoso ( larutan hormon pembesaran) atau satu penutup botolnya atau gunakan syringe. Campurkan ubat ini dengan 2 liter air. Goncang atau sebatikan.

Air inilah yang digunakan untuk rendaman kacang selama 5 jam jangan lebih. Baja tauge atau larutan hormon pembesaran ini boleh dibeli secara online Santoso atau Sumo (klik SINI untuk beli di Shopee.

4. Setelah rendam jangan lupa cuci lagi dengan bersih dan biji yang lembut dibuang. Tos lagi selama 5 minit kemudian masukkan dalam tong hitam tadi.

5. Siram kacang hijau ini setiap 3 jam sampai hari ke empat. Sebenarnya pada hari ke 3 tauge sudah boleh digunakan sebab biasanya selepas 72 jam tauge sudah boleh tuai. Hasil untuk 1kg kacang boleh dapat 6-8kg tauge.

IMPIANA :  Sedapnya dapat taugeh gemuk-gemuk ni!

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Ade Sudianto

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply