Sufian Suhaimi Sangkal Dakwaan Kembali Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih -“Saya Masih Belum Jumpa Yang Sesuai”

Penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi menyangkal khabar mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Rania Al-Sadat kini sudah kembali berbaik.

Katanya kepada Remaja, penyanyi lagu popular Menggenggam Bahagia itu menegaskan dia dan wanita tersebut lebih selesa untuk menjalinkan hubungan sebagai sahabat berbanding teman istimewa.

Malah, Sufian juga menjelaskan video tular yang memaparkan dia bersama Rania di sebuah festival makanan juga adalah rakaman lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn Menari Raih Perhatian, Bikin Netizen Teruja! -“Memang Multi-Talented”

“Itu video lama dan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini juga masih sama. Cuma kami baik-baik sahaja, tiada sebarang drama.

“Kami lebih baik berkawan dan rasanya kekal seperti itu sehingga sekarang. Kami masih lagi meneruskan komunikasi sekiranya ada keperluan,” katanya ketika ditemui pada sidang media program The Chosen One di Star Boulevard, Kuala Lumpur.

Sementara itu, berdepan beberapa episod gagal dalam percintaan sebelum ini tidak membuat penyanyi lagu Di Matamu itu patah semangat untuk mengenali mana-mana wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Sufian Suhaimi Untuk Akhiri Zaman Bujang Tak Kesampaian, Cincin Risik Dah Dipulangkan

“Tidak rasa apa yang terjadi sebelum ini sebagai alasan untuk saya ‘give up’. Saya masih mencari rezeki, bukan sahaja wang ringgit tapi juga kawan dan pasangan yang baik. Kalau gagal, saya akan cuba lagi.

“Sekarang ini, saya masih belum berjumpa yang sesuai. Kerja pun banyak. Saya perlu sibukan diri untuk perkara yang boleh beri manfaat kepada orang lain,” ujarnya lagi.

April lalu, Sufian mengesahkan hubungannya dengan Rania sudah berakhir selepas penyanyi itu menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Sufian Suhaimi


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply