Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak, Empat Tahun Terpisah!

Setelah terpisah selama empat tahun akhirnya usahawan, Sajat dapat bertemu semula dengan dua anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sajat turut berkongsi ketika pertemuan semula itu malah dua anaknya sama sekali tidak menyangka akan pertemuan itu.

Menurut perkongsian Sajat, dua anaknya itu, Syaza dan Syahmi ditinggalkan ketika mereka berumur lima tahun. Dalam nada sebak, Sajat meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat kembali bersatu bersama anak-anaknya.

Satu kegembiraan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

“Anak terperanjat tengok saya. Semasa saya sergah, mereka tak sangka yang saya jumpa mereka.

“Mestilah sedih, bila nampak sahaja mereka saya menangis. Saya tinggalkan mereka semasa umur mereka lima tahun, sekarang umur mereka sembilan tahun.

“Hanya tuhan sahaja tahu gembiranya saya bila dapat tengok anak.

“Saya ini seorang ibu dan juga seorang ayah yang menjaga dua orang anak. Saya ini memanglah jahil, memanglah teruk tapi saya ada sifat kemanusiaan dan sifat seorang ibu,” luah Sajat sebak.

Ketika berkongsi cerita, kelihatan dua anak Sajat turut bersamanya malah sempat meluangkan masa bersama anak perempuannya dan mengimbas kembali detik ketika mereka berpisah.

“Adik ingat tak masa terakhir kali umi cakap? ‘Adik, umi nak nak pergi dah ni’. Lepas itu adik nangis adik kata, ‘umi jangan pergi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG), Sajat memuat naik gambar bersama anak-anak angkatnya itu sekaligus memaklumkan penyatuan mereka setelah sekian lama tidak bersua.

 

@sajatperempuanfuh sajat akhirnya jumpa anak anak😭 #sajat #nursajat #sajatvideo #fyp #foryou #fypシ #fypシ゚viral ♬ Every moment of you – Piano Arrangement – Shin Giwon Piano

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sajjad kamaruz zaman (@nursajatkamaruzzaman)

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: TikTok


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply