Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan keputusan kajian yang mendapati tiada kaitan antara kanser pada bahagian kepala dengan penggunaan telefon selular. Kajian diketahui oleh Agensi Perlindungan Radiasi dan Keselamatan Nuklear Australia (Arpansa) yang mengumpulkan 5000 kajian yang telah dilakukan mengenai kaitan kanser pada bahagian kepala dengan penggunaan telefon mudah alih antara 1994 hingga 2022. Ini sekaligus menjadikannya kajian paling komprehensif dan terkini hingga saat ini.
Kesimpulan kajian ialah tiada bukti menunjukkan hubungan antara telefon bimbit dengan kanser otak, kanser kepala dan kanser pada bahagian leher. Tumpuan diberikan khusus pada sistem saraf pusat, otak, kelenjar pituitari, kelenjar air liur, dan tumor otak. Kajian turun mendapati tiada perkaitan antara penggunaan telefon mudah alih untuk tempoh jangka panjang melebihi 10 tahun dan tempoh lama ia digunakan setiap hari.
WHO mengambil langkah melakukan kajian lebih menyeluruh selepas Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) di bawah WHO sebelum ini mengatakan medan frekuensi radio seperti telefon bimbit mungkin mendatangkan risiko kanser pada tahun 2013. Sejak itu ia menimbulkan pelbagai ketakutan dan kerisauan tentang penggunaan jangka panjang telefon bimbit.
Tetapi WHO mengatakan IARC menggunakan tiga klasifikasi untuk risiko kanser dengan pertama ialah “pasti menyebabkan” seperti merokok, “boleh menyebabkan” dan “mungkin menyebabkan”. Pendedahan kepada frekuensi radio adalah di bawah kategori yang mungkin menyebabkan kanser seperti aloe vera dan aspartame. Kertas kajian lengkap boleh diakses menerusi jurnal Environment International.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.