Selepas beberapa bulan ‘mengunci mulut’, bekas ahli kumpulan popular DOLLA, Syasya Rizal akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung.
Berita gembira tersebut dikongsikan penyanyi berusia 23 tahun itu menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Syasya Rizal Kini ‘Berbadan Dua’, Pengikut Ucap Tahniah Awal-Awal!
Perkongsian berkenaan memaparkan dia memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan menyambut kelahiran bayi sulung.
“Alhamdulillah. Baby Emon is on the way,” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama, Syasya turut dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bualan ramai. Syasya bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Doakan Syasya Rizal Kekal Istiqamah Dalam Berhijab
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut termasuk bekas ahli kumpulannya iaitu Tabby dan Angel mengucapkan tahniah atas pengumuman tersebut.
“Congratulations! wish you all the best,” komen Angel.
“Wishing you and baby emon safety and health always, congratulations,” komen juga Tabby.
“Pandai netizen meneka, tahniah Syasya dan husband!” komen juga seorang pengguna.
Sebelum ini, tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Selepas itu, Syasya juga mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.