“Jangan Mengutuk Orang Lain Tak Tentu Hala.. – Syifa Melvin Doa ‘Lidah Puaka’ Terima Hidayah

Kebelakangan ini, jika kita buka sahaja media sosial. Pasti tidak terlepas dengan dihidangkan berita-berita negatif seperti penceraian, kritikan kecaman dan sebagainya. Terutamanya apabila ia melibatkan golongan selebriti tanah air. Jika kelakuan ‘menyakiti’ mata netizen pasti mengundang kecaman.

Sehubungan itu, pelakon jelita Syifa Melvin tidak berdiam diri, dia bertindak memberi teguran khusus buat segelintir individu yang amat gemar menyingkap kain orang lain dan ‘bercakap buruk’ tentang perihal orang lain.

Menurut isteri kepada Safawi Rashid itu, jadilah individu yang menjaga mulut dan tidak toksik meskipun tidak dikurniakan rupa paras yang cantik mahupun kaya dengan wang ringgit.

Jangan Kutuk Orang Macam Besar Sangat Salahnya Pada Anda!

Terdahulu, perkara berkenaan pernah dikongsikan oleh Syifa menerusi Insta Story (IGs) miliknya, untuk tujuan sekadar memberikan teguran kepada mereka yang suka mencari kesalahan serta kekurangan orang lain.

“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.

“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,”  tulisnya panjang lebar pada hantaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Melvin’s Resources (@syifamelvin)

Menerusi hantaran sama, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, turut mengambil kesempatan mengingatkan individu sekeliling agar sentiasa menggunakan akal fikiran demi mengelakkan diri dari mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan berperangai toksik.

“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.

“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.

Sekadar Info, Syifa Melvin berkahwini bersama pemain bola sepak sayap JDT, Safawi Rasid, pada 28 November 2022. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun itu, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman Muhammad Safawi pada 30 September tahun lalu.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Syifa Melvin & Astro Gempak


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply