Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!

Kami pasti ramai yang mempunyai masalah resdung akan bersin dan gatal hidung terutama waktu pagi.

Serious wey, hanya orang yang ada resdung je yang akan faham situasi ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki Ini Kongsi Ubat Resdung Terbaik, Ramai Turut Setuju Dan Kongsi Pengalaman

Bagi individu yang mempunyai masalah resdung pasti mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini. Ya, bermacam jenis ubat resdung dijual di pasaran tapi why not kita mencuba cara tradisional yang sudah tentu tiada kesan sampingan.

Petua semula jadi ini dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar boleh diamalkan. Petua ini juga turut diamalkan dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah bersin yang dialami.

Petua mudah hilangkan bersin akibat resdung

Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resdung ni.

Petuanya begini:

1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan bawang putih guna lesung batu.

2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur dalam air panas.

3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau tutup kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4) Sedut bau yang keluar dari wap itu. Bawang yang dah diketuk akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Inilah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir pun akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.

Kepada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

BACA LAGI : Wanita Ini Kongsi Suplemen Terbaik Untuk Kurangkan Masalah Resdung

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar




Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply