Panduan & Tip Goreng Bihun Satu Kawah Untuk Makan Ramai. Bihun Elok Lembut, Tak Putus

Setakat goreng bihun untuk hidangan makan sekeluarga mungkin tiada masalah. Tapi jika diminta menyediakan bihun goreng satu kawah untuk makan 200 orang mungkin ramai yang menolak.

Untuk menggoreng bihun dalam kuantiti banyak ini memang ada tekniknya. Bagi yang nak belajar boleh gunakan panduan dan tip yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz.

Tip goreng bihun satu kawah

 

  • Jika mahu menyediakan bihun goreng untuk 200 pek boleh terus masak dalam satu kawah.  Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per beg. Satu beg boleh cukup untuk 60-70 orang makan.
  • Cuma paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Kena sediakan guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.
Persediaan bahan, tak perlu tambah air
  • Bihun kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Rendam sejam pun dah ok asalkan bihun lembut.
  • Siapkan pes rencah terlebih dahulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu mula menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.
Buat lubang masa menggoreng

  • Untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali. Guna api perlahan.
  • Selepas beberapa ketika, dasar kuali akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.
  • Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila sudah lembut, boleh masukkan sayur-sayuran. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.
Buat bihun sikit pun boleh guna cara sama

Teknik ini boleh digunakan untuk menggoreng bihun kuantiti sedikit atau banyak. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan.

Sumber: Nurjuwaini Aziz


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply