Puding awan nano ilham Mr Ali tak dinafikan sangat cantik. Kalau dah buat memang terasa sayang nak makan. Tapi puding ini perlu dinikmati kerana ia bukan sekadar cantik, malah sedap kerana diperbuat dari air kelapa dan bunga telang yang penuh khasiat. Segar dan menyejukkan bila lalu di tekak.
Cara buat puding awan nano
Bahan santan untuk awan
200 ml santan
1 cawan air (250 ml)
1 cawan air kelapa
Sedikit garam
5 gram serbuk agar agar
Bahan untuk puding bunga telang
1/2 cawan gula ( 100g)
10 kuntum bunga telang ( dibasuh)
1 cawan air panas
1 liter air
1/2 cawan gula ( 100g)
10g serbuk agar agar
Cara membuat santan untuk awan
1. Sebatikan semua bahan hingga mendidih.
2. Matikan api dan letak dalam acuan awan
3. Sejukkan 30 minit di dalam peti ais
Cara membuat puding bunga telang
1. Pertama sekali masukkan bunga telang dan letak satu cawan air panas dan tutup mangkuk anda selama 1 jam untuk dapat air bunga telang (ni buat awal sekali sebelum buat bahagian jelly)
2. Sebatikan semua bahan lain dan kacau hingga mendidih
3. Tuang lapisan pertama dalam 2-3 senduk dan tunggu selama 1-2 minit baru letak beberapa ketul awan.
4. Biarkan di luar
5. Masukkan air bunga telang ke dalam lebihan adunan jelly .
6. Tuang beberapa senduk dan letak beberapa ketul awan. Biarkan ia mengeras di suhu bilik dan ulang langkah sama sampai habis adunan.
7. Sejukkan selama 2 jam dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sumber: Mr. ali
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.