Jonny Davies Capai Kelajuan Tertinggi Ditarik Belakang Motosikal – Rekod Dunia

 Penggiat Aksi Profesional

Seorang penggiat aksi profesional, Jonny Davies, telah mencipta rekod dunia baharu selepas ditarik di belakang motosikalnya sendiri dengan kelajuan hampir 257 km/j. 

Jonny, yang berasal dari Peterlee, United Kingdom memecahkan rekod terdahulu yang telah bertahan sejak tahun 1999.  Beliau melakukan aksi tersebut di Lapangan Terbang Elvington, berhampiran York, pada Ahad, 18 Ogos lalu.

Dengan memakai kasut titanium khas yang direka seperti ‘ski’. Jonny Davies, 32 tahun, melompat dari belakang motosikalnya sebelum mencapai kelajuan 257 km/j di atas trek. Aksi berani ini disaksikan oleh teman wanitanya, anak lelaki, bayi perempuan, serta keluarga dan rakan-rakannya. 

Juara aksi ngeri UK ini menyatakan bahawa beliau sangat terharu selepas mencatat rekod baharu Guinness World Record.

Dalam temu bual dengan ITV Tyne Tees, Jonny berkata. “Saya biasanya pandai menyembunyikan emosi, tetapi apabila saya kembali ke lapangan dan mendapati saya telah melakukannya dengan semua keluarga saya berada di sana – 

Ia agak terlalu banyak untuk saya. Saya terpaksa melakukan satu pusingan taktikal dan melambai kepada penonton dengan visor tertutup sambil mata saya penuh dengan air mata.”

Sebelum Mencipta Rekod

Jonny berjaya mencipta rekod ini semasa acara Ultimate Super Car Show, ketika acara tersebut berehat seketika untuk makan tengah hari. 

Sebelum aksi tersebut, Jonny melakukan latihan kelajuan dengan mencapai 294 km/j di atas motosikal Kawasaki Ninja H2 SX yang telah diubah suai khas untuknya. Selepas itu, beliau memasang plat titanium yang diperlukan untuk aksi ngerinya.

Beliau kemudian berlatih di atas sebuah stand untuk “mendapatkan rentak melompat naik dan turun dari motosikal,” yang menurutnya adalah “mungkin bahagian yang paling menakutkan.” Selepas larian pemanasan pada kelajuan 210 km/j, Jonny melakukan percubaan pertama yang hampir berjaya memecahkan rekod dunia.

Semasa Aksi Dilakukan

Jonny memberi masa untuk but titaniumnya menyejuk sebelum keluar semula di hadapan penonton yang terdiri daripada “enam barisan manusia,” termasuk teman wanitanya, Tanya Wood, anak lelaki berusia empat tahun, Joey, dan bayi perempuannya yang berusia lapan bulan, Olivia.

“Saya mencapai 177 km/j sebelum turun dari belakang motosikal, kemudian melompat ke lantai dan mengaktifkan pendikit sekunder yang dikendalikan oleh ibu jari saya…. Kemudian terus memberi pendikit penuh dan berpegang kuat untuk menahan, dan ia adalah satu perjalanan yang luar biasa.”

“Saya rasa ini adalah perkara paling menakutkan yang pernah saya lakukan. Lebih menakutkan daripada memberitahu teman wanita saya bahawa saya sebenarnya mahu melakukan rekod ini.”

Aksi Yang Dipecahkan!

Aksi memecahkan rekod ini mengalahkan rekod terdahulu sebanyak 251 km/j, yang dipegang oleh pelumba aksi dan inspirasi Jonny, Gary Rothwell. 

Jonny, yang telah menjadi pelumba aksi profesional sejak kecil, berumur tujuh tahun ketika Rothwell mencatat rekodnya. 

Walaupun telah tampil dalam pelbagai acara, pertunjukan, dan video promosi selama hampir satu dekad. Jonny tidak pernah mencuba aksi memecahkan rekod ini sehingga Jun tahun ini.

Dari iTV.com

Baca Juga Acara Penutup Olimpik 2024, Aksi Tom Cruise Dengan Motosikal Elektrik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply