Penampilan Anggun Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Pada Istiadat Konvokesyen UiTM Tuai Pujian

Penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 yang bermula 2 September 2024 tuai pujian ramai.

Kredit Foto: uitm.official

Kehadiran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bukan sahaja dinanti-nanti oleh para tetamu bahkan mereka turut teruja untuk melihat penampilan Baginda yang sentiasa menarik perhatian.

Kredit Foto: selangorroyalofficial

Pada istiadat tersebut, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kelihatan sangat manis apabila menyarungkan kurung moden rona biru gelap lengkap berselendang. Penampilan Baginda tambah manis dengan tudung bawal polos rona biru lembut yang distailkan ringkas.

Kredit Foto: selangorroyalofficial

Solekan tipis dan ringkas menyerlahkan lagi kecantikan asli yang dimiliki oleh Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Penampilan Baginda disempurnakan dengan pemakaian bonnet dan jubah rasmi universiti.

Kredit Foto: selangorroyalofficial

Kredit Foto: uitm.official

Menjengah ke ruangan komen di Instagram rasmi Selangor Royal Official, rata-rata para pengikut menitipkan kata-kata pujian buat Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)

“Cantiknya permaisuri. Sejuk mata memandang.”

“Saya suka tengok Tengku Permaisuri.”

“Anggun dan cantik.”

Kredit Foto: selangorroyalofficial

Terdahulu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM berkenan menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal selain 15 graduan terbaik.

Kredit Foto: uitm.official

Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.

Baginda bertitah, kerajaan harus menilai situasi ini dan mencadangkan penyelesaian agar anak bangsa tidak tercicir dengan kemajuan arus perdana.

Kredit Foto: uitm.official

Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoalkan.

Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.

BACA JUGA: Anakanda Bongsu Tengku Permaisuri Selangor Genggam Ijazah Dengan Kepujian Kelas Pertama Di Universiti Ternama

Untuk info, pemasyhuran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM adalah bagi tempoh 18 Oktober 2021 sehingga 17 Oktober 2024.

Kredit Foto: selangorroyalofficial

Manakala Istiadat Konvokesyen ke-99 yang bermula pada 2 September 2024 akan berakhir pada 17 Oktober 2024.

Tahniah buat semua graduan! Semoga kejayaan anda menjadi permulaan kepada lebih banyak lagi kejayaan pada masa hadapan.

Comments

Leave a Reply