Sesekali bawa anak join baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda untuk mengisi masa lapang pun best! Bukan hanya buku yang banyak anda boleh dapat tetapi keunikan suasana dalam bangunan ini dengan dekorasi menarik dan banyak aktiviti lain juga.
Kelebihan Perpustakaan Raja Tun Uda
Bagi yang ada anak kecil, lawatan ke perpustakaan ini pasti dapat melahirkan rasa cinta kepada buku dan perpustakaan. Ini kerana, zon khas untuk kanak-kanaknya dihias dengan cukup kreatif, penuh dengan warna-warni.
Bukan bahagian kanak-kanak sahaja yang menarik di dalam bangunan 6 tingkat ni, tetapi juga keseluruhan perpustakaan ini yang berkonsepkan perpustakaan dalam taman ataupun “library in the park.”
Tingkat-tingkat perpustakaan ini juga memiliki temanya yang tersendiri.
Antara tema yang diketengahkan adalah ‘angkasa lepas,’ ‘bumi,’ ‘lautan’ dan ‘manusia,’ menarik bukan? Kemudahan perpustakaan ultra-moden ini juga sangat luar biasa jika dibandingkan dengan perpustakaan lain.
Antara fasiliti unik yang ditawarkan adalah seperti teater 3D, teater ‘multi-sensory’ 6D, 3 buah gimnasium berbeza, Xbox Kinnect, teknologi ‘virtual reality’ (HTC Valve), kemudahan komputer (Windows dan Mac), permainan interaktif iStep / Ubiq dan banyak lagi.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan lain di Shah Alam seperti Shah Alam Lake Gardens dan juga Masjid Biru.
Waktu Operasi:
Isnin (10.00 am – 7.00 pm)
Selasa – Jumaat (9.30 am – 7.00 pm)
Hujung Minggu (9.30 am – 9.00 pm) (Sehingga pukul 7.00 pm untuk Creative Zone / Children’s Department)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.