Ruginya Tak Ambil Vaksin Pneumokokal PERCUMA, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati Anak Sakit!

Anak perlu sihat, ceria dan aktif bermain. Itulah kebahagiaan buat insan bergelar ibu bapa.
Malah ibu bapa mana yang tidak runsing apabila anak asyik sakit dan keluar masuk hospital.

Semua ini mengganggu emosi dan rutin harian ibu bapa. Apatah lagi apabila anak-anak mula sakit hanya disebabkan penyakit biasa seperti batuk dan sebagainya.

Janganlah pandang ringan apabila anak batuk, demam dan selesema kerana ia merupakan
simptom kepada pelbagai penyakit. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan anak-anak mereka terjamin, termasuklah melindungi anak-anak mereka daripada penyakit seperti penyakit pneumokokal.

Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Penyakit pneumokokal ialah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-
kanak dan warga tua1.

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk pneumonia
(jangkitan/radang paru-paru), meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah)1.

Perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu ialah penyakit pneumonia ini kerap dijangkiti oleh
kanak-kanak bawah umur 5 tahun1.

Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang sekaligus mengganggu sistem pernafasan2.

Jika ianya dibiarkan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan boleh
membahayakan nyawa anak anda2.

Apakah kepentingan vaksin Pneumokokal?

Untuk pengetahuan ibu bapa, suntikan vaksin Pneumokokal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit pneumonia pneumokokal1.

Disebabkan penyakit pneumokokal ini yang begitu mudah merebak, adalah disarankan untuk kita mencegahnya lebih awal dengan memberikan vaksin untuk melindungi anak kita1.

Pengambilan vaksin Pneumokokal boleh mengelakkan situasi di mana ibu bapa terpaksa menanggung perbelanjaan jika anak sakit pada tempoh masa yang lama sehingga menjejaskan rutin harian dan kewangan keluarga.

Tambahan pula kos perubatan kini yang semakin meningkat dari hari ke hari, adalah lebih bijak kita sebagai ibu dan bapa mempunyai kesedaran untuk mencegahnya lebih awal3.

Dengan adanya dos PERCUMA yang diberikan, ibu dan bapa bolehlah membawa anak mendapatkan suntikan ini.

Dos PERCUMA ini diberikan secara percuma sejak 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2024 ini.

Keutamaan dos PERCUMA ini diberikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 20194.

Antara cara untuk mendapatkan suntikan Vaksin Pneumokokal ini adalah4:

  • Datang terus (walk in) ke Klinik Kesihatan KKM.
  • Buat temujanji melalui MySejahtera.

Sebagai ibu bapa kesihatan anak-anak merupakan keutamaan. Apa salahnya kita berfikir secara bijak untuk kesihatan jangka panjang anak anak. Jom tempah temujanji anak anda sekarang!

Rujukan
1. My Health. Vaksin Pneumokokal. Diakses pada – 11 Januari 2024. http://www.myhealth.gov.my/vaksin-pneumokokal/.

2. American Lung Association. Learn About Pneumonia. Diakses pada – 11 Januari 2024. https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/pneumonia/learn-about-pneumonia.

3. Utusan Malaysia. Caj perubatan meningkat, premium insurans dijangka naik. Diakses pada – 11 Januari 2024.
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2023/01/caj-perubatan-meningkat-premium-insurans-dijangka-naik/.

4. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemakluman megenai perluasan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak (Catch-Up Immunisation). Diakeses pada 11 Januari 2024 –
https://mma.org.my/web/wp-content/uploads/20230601104919082-1.pdf

Dibawakan Kepada Anda Oleh Pfizer
Imej digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja

**Pa & Ma Advertorial: PP-PRV-MYS-0383-8JAN2024

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply