Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!

Panas sungguh cuaca, terasa terik dan bahangnya panas matahari walapun pasang kipas di rumah. Tidur pun sukar lena kerana panas dan berpeluh. Hal ini disebabkan fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara ketika ini dan dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Ada beberapa cara mudah yang boleh diaplikasikan di rumah bagi mengurangkan rasa haba panas ini, sekaligus dapat menyejukkan rumah secara semulajadi. Boleh rujuk perkongsian daripada Public Health Malaysia ini.

Namun perkara asas yang perlu kita ambil tahu ialah;

  • Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam.
  • Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah.
  • Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekakan rendah.
  • Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu. Memahami asas ini, kita dapat manfaatkannya untuk sejukkan rumah.

1.Halakan kipas ke ketulan ais batu.

2.Pada waktu malam buka dua tingkap di depan dan belakang. Di tingkap belakang , halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas ke luar rumah.Ini mewujudkan negative pressure dalam rumah, angin sejuk akan masuk melalui tingkat depan rumah.

3.Gunakan langsir blackout untuk menyekat cahaya matahari yang panas terik masuk ke dalam rumah.

4. Sesetengah kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise) angin akan di tiup dari atas ke bawah memberi kesan penyejukan.

5.Rajin bersihkan bilah kipas dan penapis ‘aircond’. Kipas yang tebal dengan habuk memang berputar lebih perlahan.

6. Sebaiknya pilih konsep minimalis untuk kediaman. Menjadikan rumah lebih berangin dan banyak ruang udara.

7. Lampu LED mengeluarkan haba yang kurang bebanding lampu lama. Perlahan lahan tukar lampu lampu rumah ke LED yang jauh lebih terang dan menjimatkan.

8.Setiap alatan elektrik ada mengeluarkan haba. Apabila tidak guna PC, Charger, Water Heater , sila tutup suis untuk penjimatan dan mengurangkan bahang haba.

9. Kurangkan guna peralatan elektrik dan dapur masak. Masak makanan yang simple kerana dapat mengurangkan haba di rumah.

10. Jirus air pada permukaan lantai luar pada lewat petang untuk menyejukkan suhu dalam rumah.

11. Ini penting. Jika mahukan pesekitaran yang nyaman dan selesa, cukup suhu 20-25. Ini lebih berkesan & menjimatkan. Jangan memaksa ‘aircond’ bekerja keras sehingga ruang menjadi 16 darjah Celsius. Aircond akan cepat rosak dan bil elektrik melambung tinggi.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca: Atasi Bilik Panas Dengan EXHAUST FAN, Cara Mudah Pasang Tanpa Tebuk Dinding!
Baca Lagi Di Sini:‘Bahangnya Rumah!’ Ini Panduan Sejukkan Kediaman Tanpa Penghawa Dingin
Artikel Menarik:Aksesori Perabot Daripada Simen, Estetik Dan Mampu ‘Sejukkan’ Kediaman

IMPIANA: Ada pelbagai cara boleh sejukkan rumah secara semulajadi. Boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.

Sumber: Public Health Malaysia

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply