Tentu ramai yang alami sakit kepala dalam cuaca panas sekarang ni. Ada yang berkata, jika sakit hanya sebelah khususnya sebelah kiri itu tandanya nak kena migrain. Tapi bagaimana jika sakit secara keseluruhan.
Mungkin bagi yang kerap sakit kepala dan tak tahu cara nak hilangkannya dengan mudah, baca tips yang dikongsi oleh Doktor Ezairy M Sallih.
BAGAIMANA HILANGKAN PENING KEPALA DENGAN MUDAH?
8 tip mudah untuk hilangkan pening kepala. Jom kita buat!
️ Cukup tidur
Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan anda mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangkit dari tidur.
️Mandi dan segarkan tubuh
Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala? Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya kesegaran dapat diraih kembali.
️Kurangkan minuman berkafein
Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus. Ya, ini sangat membantu saya sendiri.
️Makanan dan minuman bercoklat
Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan anda mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika anda adalah penggemar coklat.
️ Hilangkan stres dan tekanan hidup
Tekanan hidup dan stres sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain. Ia akan sekadar membuatkan anda tidak fokus kepada apa yang anda kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu.
️ Bercuti
Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini anda akan dapat semula momentum kerja anda sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah…
️ Cukup air di dalam tubuh
Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.
️ Diet dan pemakanan teratur
Pastikan juga anda mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna anda tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.
Semoga perkongsian kali ini lebih mendatangkan manfaat untuk anda. Sila kongsi kepada mereka yang anda sayang.
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.