Tanaman jenis citrus seperti pokok limau kasturi, lemon dan limau purut antara jenis tanaman yang boleh dibiakkan melalui biji benih namun memakan masa yang lama untuk berbuah. Paling mudah tanaman ini dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Tak perlu beli anak pokok lagi jika telah mempunyai sebatang pokok limau dewasa.
Boleh ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Sara Saad ini.
CARA BIAK – Pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok lemon dan sewaktu dengannya melalui keratan batang.
1. Potong ranting yang agak matang dari pokok induk yang dah berbuah.
2. Cucuk saja pada tanah dan siram (tak perlu penggalak akar pun, tapi kalau ada boleh saja, lekeh sangat tonyoh dengan belacan saja kat batang bawah tu).
3.Kalau guna top soil tambah 1/2 pasir lagi.
4.Kalau naik pucuk baru tanda akar tu dah keluar. Dia jadi cam bare root. Basuh lembut-lembut akar, kemudian tanam ke polibag atau pasu.
5.Untuk lemon cuttings boleh terus cucuk dalam tanah, tak payah buat apa-apa. Siram cukup air setiap hari, lepas sebulan akan lihat daun baru keluar.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi
Baca Lagi Di Sini:Biak Pokok Limau Dari Daun Matang Memang Menjadi
Artikel Menarik:Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu
IMPIANA: Nak tanam pokok limau boleh cuba kaedah keratan batang ini. Lebih mudah dan cepat berbuah berbanding semai dari biji benih.
Sumber:Sara Saad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.