Anak Yang Lambat Merangkak Usah Dibanding-banding, Doktor Izzar Terangkan Faktanya

Bila anak lambat merangkak, janganlah dibanding-bandingkan dengan anak orang lain. Memang stres bila ada orang yang tak faham tentang perkembangan setiap anak itu berbeza-beza. Jadi, bila anak kita lambat merangkak atau jalan, anak dia pulak cepat sahaja berjalan, mulalah perbandingan itu dibuat.

Anak Yang Lambat Merangkak Usah Dibanding-banding

Kasihan dekat anak-anak yang tak tahu apa-apa. Mak ayah lagilah sedih, bila anak-anaknya dibanding-bandingkan gitu. Bukannya dia yang tentukan anak itu cepat merangkak atau lambat.

Doktor Izzar Terangkan Faktanya

Agar tiada lagi mak ayah terasa hati, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera memberi penjelasan lengkap tentang ‘developmental delay’ anak-anak ini.

Jangan Banding Bila Anak Lambat Merangkak, Berjalan Sebab..

“Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil-skil dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak-kanak membesar. Ni skil atau kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak dan nak berjalan macam tu lah.”

“PERKEMBANGAN INI DIPENGARUHI OLEH FAKTOR GENETIK, NEUROLOGIKAL, FIZIKAL, PERSEKITARAN, DAN EMOSI.”

“Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak atau berjalan lah berbanding anak kita. Sabau jela kan.”

“Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ya. Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas.”

Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat. Abang kakak dia tu pun lambat berjalan.

Dan ada anak yang masa kecil lagi dah sakit dan masuk hospital lama. Tu tak sempat nak stimulate (dirangsang) dan belajar skil-skil tu lagi.

Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan.

Punca Perkembangan Anak Lewat Dari Usia Sepatutnya

Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah.

Jadi bila kita patut risau yang anak kita ini perlahan sangat nak berkembang?

Rujuk nota di bawah: ‘Key Developmental WARNING SIGN’. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ya. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut sudah perasan.

Pasangan suami isteri ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah yang dilahirkan pada 22 Ogos tahun lalu.

Sumber/Foto: Dr. Izzar Anwari


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply