Siapa yang tak gembira bila dapat bersua muka dengan wanita sehebat Nurul Izzah, lebih-lebih lagi untuk pertama kalinya.
Aktivis politik yang juga anak sulung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini terkenal dengan imej sederhananya yang gemar berbaju kurung dan bertudung bawal.
Baru-baru ini pelakon, usahawan dan penyanyi Sherry Ibrahim memuat naik beberapa hantaran di Instagram peribadi detik kenangan manisnya ketika bertemu Nurul Izzah dalam sebuah majlis di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Dalam satu video pendek yang dimuat naik, memaparkan Sherry Ibrahim dan Nurul Izzah sedang berbual mesra di dalam sebuah dewan.
View this post on Instagram
Kelihatan begitu humble sekali Nurul Izzah ketika berbual dengan Sherry. Sekali sekala mereka tertawa kecil. Manis betul dua-dua!
Tulis Sherry Ibrahim di ruangan kapsyen: –
“Empowered women empower women.
“Kenangan manis bersama @n_izzah
“Alhamdulillah tercapai juga hasrat dapat jumpa depan2, sepentas, dan dapat kenal dengan wanita hebat , kuat dan wanita yg sangat berpengaruh Puan Nurul Izzah.”
Sherry tampil manis dengan busana rona biru gelap dan bertudung bawal.
Manakala Nurul Izzah tampil ringkas dengan blouse merah dipadankan dengan seluar rona lembut.
Dalam kapsyen tersebut, Sherry turut memuji kebijaksanaan dan kecantikan Nurul Izzah.
“Your vibe is real and you are such a genuine person & so cantik in real life.”
Walaupun pertemuan itu singkat, Sherry tetap merasa terharu dan gembira.
“Walaupun sekejap, Sherry rasa sangat terharu & Sherry doakan Puan Nurul Izzah terus sukses. Semoga semua urusan Puan Nurul Izzah dipermudahkan ALLAH SWT
“Keep spreading positivity vibes and kindness.”
Rata-rata para pengikut serta peminat memuji kecantikan Sherry Ibrahim dan Nurul Izzah. Malah, ada yang kata wajah mereka berdua seiras.
“Wahh YB Izzah, Kak Sherry.. Apa dok sembang gelak-gelak tu. Comelnya dua-dua. Saya ulang banyak kali”
“Macam seiras pun ada”
Semoga ukhwah mereka kekal berpanjangan dan sentiasa memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana khususnya para hijabi.
Kredit Foto: Instagram Sherry Ibrahim
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.