Wanita redah 300KM dari Taiping Ke KL jual sayur segar, motor jadi punca rezeki. Rezeki ada di mana-mana, asal rajin mencari dan tahu mengambil peluang. Inilah yang dilakukan oleh Siti Norol Salwani Ismail, 29 yang sanggup berulang alik dari Taiping ke Kuala Lumpur sejauh 300 KM untuk berjualan sayur segar yang dibeli dari orang kampung.
Menempuh perjalanan ratusan kilometer seorang diri, sikit pun tidak terasa penat buat wanita yang baru mendirikan rumahtangga ini buat kali kedua demi mencari rezeki. Dirinya akan memulakan perjalanan dari Changkat Jering menuju ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras setiap Sabtu untuk berniaga sayuran segar.
Wanita Redah 300KM Dari Thaiping Ke KL Jual Sayur Segar
Motor Jadi Punca Rezeki
Siti Norol Salwani yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan akan menunggang motosikal setiap seorang diri untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Menurutnya, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
“Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal. Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk,” katanya.
Memetik laporan Sinar Harian, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dirinya memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.
“Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya ‘enjoy’ berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak,” katanya.
Bagaimanapun, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu untuk terus mencari rezeki di ibu kota terhenti pada November tahun lalu apabila jentera dua tayar jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018 sering rosak.
Siti Norol Salwani yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu, menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minat berniaganya itu.
Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.
“Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tarik Buang Kulit Hijau, PETUA Masak Sayur Keladi Supaya Tak Gatal Bila Makan!
TIP Tanam Sayur KUBIS BUNGA, 3 Atau 4 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil
“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran
“Mi Celup RM2, Air 50 Sen” Ramai Tak Percaya Saya Mampu Jual Harga Sedemikian
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.