Buat Sendiri Counter Island ‘Bajet’, Siap Boleh Sorok Oven Dan Microwave!

Bagi rumah sempit, pemilihan “counter island” jenis kecil dan ada storan penyimpanan ni sangat digalakkan terutama bagi kediaman yang dapurnya keluasan agak terhad.

Boleh jadi meja makan dan juga tempat simpan barang, pada masa yang sama ia juga boleh jadi pemisah ruang dapur dan ruang makan.

Perabot ini biasanya perlu ditempah untuk ikut kesesuaian rumah dan harganya memang agak mahal. Bagi yang berhajat untuk mengadakan meja ini tapi pada masa yang sama mahu berjimat boleh juga cuba buat sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Faiz JoYs.

Buat sendiri counter island

Nekad buat sendiri sebab kalau tempah ikut saiz kita nak kena RM1500. Buat sendiri kos semua dalam RM500.

Kos macam mahal sebab papan atas guna dari meja makan kayu 20mm. Wife pun happy boleh sumbat oven dan microwave.

Siapa yang nak DIY, ini kayu dan ukuran saya gunakan

https://shope.ee/AUNw2oT7as
15mm
45cm x 100cm (2 keping)
45cm x 90cm ( 1 keping)
45cm x 70cm ( 1 keping)
45cm x 48.5cm ( 2 keping )
45cm x 120cm ( 1 keping )
123cm x 100cm ( 1 keping)
Kayu pine utk tulang atas bawah
45mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
80mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
https://shope.ee/6AEwsA52mY

Table top 20mm
29inci x 50inci
https://shope.ee/6pUdf70zCP

Cara membuat
  1. Kayu dah siap potong, dicantumkan untuk bahagian bawah dan bahagian tepi serta rak. Guna tapping skru beli di kedai Eco.

2. Siap pasang dinding belakang.

3. Boleh cat, lapis dulu dengan sealer.

4. Kemudian boleh cat, yang ini guna warna hitam.

5. Cat dah kering boleh pasang table top. Siap

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Faiz JoYs

Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply