Bila anak sakit tekak, selalu mak, ayah akan beri anak makan aiskrim vanilla. Ramai yang mempraktikkan cara ini dengan harapan sakit tekak yang dialami anak akan segera sembuh.
Bagaimanapun ramai mama dan papa yang tidak tahu bahawa bukan semua aiskrim sesuai diberikan pada anak. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Jadi pastikan kita pilih aiskrim yang betul untuk diberi. Info ini dikongsi oleh pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan.
Anak Sakit Tekak Elak Beri Makan Aiskrim Vanilla
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim inilah sebenarnya mungkin membuatkan radang tekak tidak sembuh-sembuh.
Aiskrim vanilla buat radang ditekak tidak reda.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Ini Sebab Mak Ayah Kena Tahu
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuannya. Gula bahan yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ini, biasanya disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri di rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh memekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Kisar sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan. Kita cuba sama-sama ya.
Boleh cuba aiskrim dari buah betik. Kisar betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, InsyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang sahaja.
Ini pula aiskrim vanilla. Walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang juga. Elakkan waktu anak tak sihat. Boleh makan waktu biasa.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.