Takut Digelar Penyondol, Ezzanie Jasny Hadkan Komunikasi Dengan Suami Orang Meski Rakan Sekerja

Mengelak terjebak skandal atau cinta lokasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi hanya di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut

Temubual pemilik nama lengkap Nur Ezzanie Sherazade Jasny ini bersama KOSMO  mendapati bahawa dirinya enggan bermain mesej atau berjumpa di luar waktu bekerja kononnya untuk mendapatkan keserasian lakonan.

“Paling saya takut dikaitkan dengan cinta lokasi terutama membabitkan suami orang yang membuatkan saya sentiasa menjaga batas sepanjang bekerja.

“Memang tiada bermesej-mesej atas alasan ingin mendapatkan keserasian kerana semua latihan atau berkaitan kerja boleh dilakukan di lokasi penggambaran.

“Saya pun tidak ada nak simpan nombor hero-hero saya memandangkan masing-masing boleh berurusan terus dengan syarikat produksi atau pengurus,” katanya menurut Kosmo.

Ezzanie bersama rakan sekerjanya, Shukri Yahaya dan Alya Iman.

Pelakon yang berpasangan dengan Shukri Yahaya dalam Layang Layang Perkahwinan itu turut mengakui takut dengan gelaran penyondol.

Katanya yang membawakan watak isteri dicurangi bagi drama bersiri berkenaan membuka hatinya untuk lebih memahami perasaan golongan isteri teraniaya walaupun belum mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♡ (@ezzaniejasny)

“Siapa nak jadi penyondol? Kalau boleh minta jauh perkara ini sebab saya pun bukan individu yang sanggup menghancurkan ‘masjid’ atau suka mendekati suami orang.

“Macam dalam Layang-Layang Perkahwinan, hero saya suami orang, tapi Shukri pun sama-sama faham serta kami saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya.

Sejak bergelar pelakon tambahan menerusi drama Cinta Nan Grata sekitar 2019, Ezzanie belum pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

Sebelum ini, anak bongsu daripada empat bersaudara itu dikatakan menjalin cinta dengan anggota K-Clique, Noki, namun menegaskan antara mereka hanya teman biasa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply