Halau Tikus Dari Terus Beranak-Pinak Di Rumah, Lima Jenis DAUN Ini Berkesan!

Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi. Lebih parah lagi jika ia juga berpotensi membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada anda dan keluarga.

Selain merosakkan bahan makanan tikus juga gemar menggigit pakaian, perabot dan merosakkan struktur kediaman rumah. Sebelum mendapatkan perkhidmatan pest control bagi membasmi kewujudan tikus dari terus bermaharajalela di rumah anda boleh lakukan beberapa petua ini yang menggunakan daun.

Dipercayai lima jenis daun ini cukup tidak disukai oleh tikus kerana aromanya yang kuat. Berikut IMPIANA kongsikan 5 jenis daun yang boleh bantu anda halau tikus.

DAUN PUDINA

Tidak perlu lagi kita perkara tentang aromanya yang kuat. Aromanya yang kuat dan segar itu cukup mesra di hidup kita sebagai manusia tetapi sebaliknya bagi tikus.

Cara untuk menyediakan daun pudina ini tidaklah sesukar mana. Tumbuk dan kisar daun pudina sampau lumat kemudian campurkan dengan air. Tapi air tersebut dan masukkannya ke dalam botol semburan. Anda boleh sembur di sekeliling rumah atau tempat tikus selalu ‘melepak’.

DAUN DURIAN BELANDA

Buahnya sahaja sudah cukup eksotik dan sedap. Daunnya juga tidak kurang hebatnya. Dapatkan daun durian belanda dan ramas hingga keluarkan bau.

Tapi ingat kena guna daun yang tua atau matang sahaja. Letak di kawasan tersorok atau celah-celah dinding. Katanya bukan setakat tikus malah segala jenis serangga pun akan turut beredar.

DAUN SEMAMBU

Kebiasaannya daun semambu ini digunakan sebagai solusi tradisional untuk membantu merawat demam campak. Ramai tak tahu sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus.

DAUN PANDAN

Daun yang dianggap sangat sinonim dan penting dalam dunia masakan tradisional masyarakat kita. Aroma daun panda memang cukup menyenangkan dan wangi. Namun wangi pada kita tidak semestinya kepada tikus.

Malah mereka cukup tidak menyukainya. Ambil beberapa kerat daun padang dan letakkan di lokasi strategik di dalam roma. Anda juga boleh membuat rebusan dan jadikannya sebagai cecair semburan.

SERAI WANGI

Di pasaran kini penggunaan serai wangi sebagai ejen menghalau haiwan perosak dan serangga semakin popular. Keberkesanannya juga telah diakui ramai sangat tinggi. Kalau tak nak guna daun yang dipetik sendiri anda boleh dapatkan produk semburan serai wangi di pasaran yang kini cukup mudah didapati secara online juga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply