“ITS A BOY!” dua perkataan ringkas yang pastinya menambah keterujaan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif.
Mereka dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada April ini sekaligus melengkapkan kebahagiaan keluarga kecil ini.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pasangan ini menerusi video pengumuman jantina di akaun Instagram mereka baru-baru ini.
View this post on Instagram
Memandangkan kali ini Intan dan Harris bakal menyambut kelahiran bayi lelaki pula, maka lengkaplah kurniaan terindah buat mereka iaitu sepasang anak lelaki dan perempuan.
Menurut Intan yang kandungannya kini mencecah tujuh bulan, perasaannya kini cukup teruja namun pada masa sama turut merasa gementar.
“Saya teruja dan pada masa sama gementar menanti detik kelahiran anak kedua ini. Mestilah gementar sebab semua kehamilan tak sama kan,” katanya.
Sementara anak sulung mereka, Evie Khadeeja sudah pun mencecah usia dua tahun.
Selain mengumumkan jantina anak kedua, Intan dan Harris turut meraikan ulang tahun kelahiran Evie Khadeeja.
Sebelum ini, Intan atau nama penuhnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, mengakui sudah mengetahui jantina anak keduanya dan bakal berkongsi dalam satu majlis.
Intan turut mendedahkan, untuk kehamilan kali ini dia menghadapi alahan lebih teruk berbanding ketika mengandungkan anak sulungnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan kesejahteraan Intan dan kandungannya.
“Masha Allah Alhamdulillah. Tahniah. Semoga sihat semuanya. Dipermudahkan urusan. Ibu dan baby. Aamin ya rabbal Alamin.”
“Alhamdulillah..daddy ada geng”
Malah, ada yang meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang dikecapi Intan dan Harris.
“Ya ALLAH.. dia betul-betul bahagia.. ALLAH Maha Adil.. bagi saat masanya.. umur 42 tapi still ALLAH Masih bagi …Allahu..”
“Dia lambat dapat jodoh tapi Allah bagi suami yang baik dan cepat dapat zuriat. Allah Maha Baik”
Untuk info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 31 Januari 2022.
Semoga dimudahkan urusan serta dilancarkan fasa kehamilan kali ini buat Intan. Seterusnya kekal bahagia sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Intan Ladyana & Harris Alif
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.