10 Pelakon Lelaki Korea Dengan Bayaran Termahal Bagi Satu Episod!

Boleh dikatakan hampir kesemua kdrama yang ditayangkan mendapat sambutan di kebanyakan negara luar termasuklah di Malaysia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapakah bayaran bagi pelakon Korea setiap kali ditawarkan membintangi sesebuah drama atau filem. Kalau di negara kita, harganya boleh tahan juga ya. Macam mana pula di Korea?

Mesti masyuk kan?

Nak tahu siapa paling masyuk? Berikut adalah senarai antara pelakon lelaki Korea yang mendapat bayaran tertinggi pada setiap episod drama yang dibintangi oleh mereka.

1. Kim So Hyun

Instagram: Kim So Hyun

Pelakon drama It’s Okay Not To Be Okay ini antara yang menerima bayaran paling mahal pada tahun 2020, iaitu sekitar US$165,000 atau RM666,897. Wow, biasanya satu siri drama Korea ada 16 episod, jadi korang pandai-pandailah kira sendiri ya. Hiks!

2. Hyun Bin

Instagram: vast.ent

Pelakon ini mula meraih popularitinya dalam drama My Name is Kim Sam-soon dan Secret Garden, dimana dia telah memenangi Daesang di Baeksang Arts Awards, dan terbaru Crash Landing on You. Bayaran yang diterima bagi satu episode adalah US$84,000 atau RM339,511.

3. So Ji Sub

Instagram: sojisubofficial

Kejayaan dalam beberapa drama termasuklah Oh My Venus menjadikan pelakon ini antara yang menerima bayaran paling mahal untuk setiap episode. Khabarnya, So Ji Sub dibayar sebanyak US$67,000 atau RM270,800 untuk satu episode.

4. Jo In Sung

Instagram: jo_insung

Jo memenangi pelakon TV terbaik di Baeksang Art Awards kerana lakonan hebatnya dalam drama hit What Happened in Bali. Dia juga turut terkenal dengan drama-drama seperti That Winter, The Wind Blows dan It’s Okay, That’s Love. Pelakon ini sebanyak US$67,000 atau RM270,800 bagi setiap episod.

5. Lee Min Ho

Instagram: actorleeminho

Bintang ini mendapat popularitinya dari drama remaja Boys Over Flowers yang sekali gus memenangi anugerah sebagai Pelakon Baru Terbaik di Baeksang Arts Awards. Min Ho terus popular di Korea dan luar negara untuk drama City Hunter, The Heirs, Legends of The Blue Sea dan The King: Eternal Monarch. Aktor ini khabarnya menerima bayaran sebanyak US$62,000 atau RM250,591 bagi satu episod.

6. Lee Seung Gi

Instagram: leeseunggi.official

Bintang Triple Threat ini dikenali dengan drama-drama seperti My Girlfriend is a Gumiho, The King 2 Hearts dan Vagabond. Lee menerima bayaran sebanyak US$59,000 atau RM238,466 untuk setiap episod.

7. Yoo Ah In

Instagram: hongsick

Juga menerima bayaran sebanyak US$59,000 atau RM238,466 bagi setiap episod, pelakon berusia 34 tahun ini pernah menerima anugerah sebagai Pelakon TV Terbaik di Baeksang Arts Awards menerusi drama Six Flying Dragons.

8. Song Joong Ki

Instagram: soongjoongki.official

Setelah kejayaannya dalam drama Descendants of The Sun, Song Joong Ki menerima bayaran sebanyak US$50,000 atau RM202,090 untuk satu episod drama.

9. Lee Jong Suk

Instagram: jongsuk0206

Pelakon dan model ini mendapat perhatian dalam drama yang dibintanginya termasuklah I Can Hear Your Voice, Pinocchio, W, dan While You Were Sleeping. Lee juga menerima bayaran sebanyak US$50,000 atau RM202,090 bagi satu episod.

10. Ji Chang Wook

Instagram: jichangwook

Ji dikenali menerusi drama-drama hit seperti Empress Ki, Healer, the K2 dan Backstreet Rookie. Pelakon 33 tahun ini merima bayaran sebanyak US$50,000 atau RM202,090 bagi satu episode drama yang ditayangkan.

Memang lumayan juga bayaran yang diterima oleh pelakon Korea ni. Dah macam level-level Hollywood juga. Patutlah ramai yang nak jadi artis ya.

Sumber: SCMP

Artikel ini di ambil dan di olah dari REMAJA.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound –

Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply