“A house that make you feel at home”. Definisi rumah bagi pemilik kediaman ini. Begitulah seharusnya pengertian bagi sesebuah kediaman, mampu membuatkan penghuninya rasa tenang dan bahagia apabila berada di rumah sendiri.
Saat pertama kali IMPIANA melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini laman media sosialnya, hati sudah terpesona. Memang cukup indah dan mendamaikan konsep dekorasi yang dipilih baik di dalam rumah mahupun di laman.
Sungguh pemilik mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menghias rumah banglo berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terletak di Johor ini. Malah walaupun tanpa latarbelakang dalam bidang hiasan dalaman, setiap cetusan idea dekorasi rumah hanyalah daripada kreativiti pemilik sendiri dan gandingan hebat suami yang handal bertukang. Hasilnya, memang cukup sempurna.
Konsep Rumah ‘Mediterranean Style’
Bagi pemilik, ruang balkoni dibina tidak begitu besar bertepatan dengan rumah berkonsep ala ‘Mediterranean Style’. Malah konsep dekorasi juga mengikut citarasa sendiri asalkan sedap mata memandang. Malah menggandingkan konsep baru dan lama untuk dekorasi rumah.
“Rumah kami ni boleh dikatakan ala Mediterranean style. Jadinya balkoni kami tak seluas balkoni rumah-rumah di Malaysia,”
“Mempunyai konsep deko yang sedap di mata saya memandang. Saya follow trend tapi tidak sampai terlampau mengikut sangat. Nak kata “old school” saya ni boleh lah jugak. Saya suka mix old and new but definately no for modern concept,” ujarnya.
‘Grill’ kerawang besi di gerbang pintu masuk utama dihasilkan oleh suami pemilik yang cukup kreatif dan pandai bertukang sendiri.
Ruang balkoni berkonsep ‘Mediterranean Style’.
Ruang makan dan ruang tamu kediaman.
Perancangan Masa Hadapan
Spesifikasi ruang kediaman ini mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, ruang laundry, pantry dan 1 ruang dapur. Perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk membuat ‘outdoor kitchen’ untuk kegunaan apabila berkumpul seisi keluarga.
“Saya hanya ada 1 kitchen sahaja sebab dulu fikirkan membazir ada dry kitchen. Buat cantik-cantik tapi tak guna. Cuma sekarang plan nak buat outdoor kitchen untuk family buat BBQ atau steamboat. Tapi ini perancangan projek akan datang. Perlahan-lahan kami buat, sebab kami buat sendiri. Saya design dan suami yang bertukang,” ujarnya.
Kabinet dapur serba putih dengan kemasan ‘Quartz Stone’ pada kaunter top.
Pantry dengan konsep rak terbuka, memudahkan pemilik melihat stok makanan yang ada.
Ruang laundry yang direka dan dihasilkan sendiri oleh pemilik.
Tingkat atas kediaman.
Tingkat 2 merupakan ‘favorite spot’ yang menempatkan ruang bacaan dengan percikan rona lebih ceria.
Percikan rona lembut menjadi pilihan di bilik tetamu.
Laman indah dihiasi pepohon menghijau menjadi ruang santai ketika minum petang.
Tahniah buat pemilik sekeluarga yang berjaya menjadikan “A House That Make You Feel At Home”. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam mendekorasi rumah sendiri.
Nama Pemilik:Roszita Md Khairi & Azman Jamaludin
Jenis Kediaman: Banglo 2 Tingkat
Usia Kediaman: 5 Tahun
Lokasi: Johor
Keluasan Kediaman: 3200 kaki persegi
Spesifikasi Ruang: 6 bilik + 6 bilik air dan 1 dapur
Konsep: Mediterranean Style
Mesti Baca:Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Baca Lagi Di Sini:Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.