Berbekalkan rupa tampan dan badan berotot, pelakon terkenal Hafreez Adam baru-baru ini mendedahkan dirinya ditawar sejumlah wang yang besar untuk menjadi ‘anak ikan’.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Tahun Tak ‘Catwalk’, Hafreez Adam Cabar Diri Tampil Semula Depan Khalayak
Ujar Hafreez atau nama penuh Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, individu terbabit sanggup membayar RM300,000 sekiranya bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
“Hai, saya mahu beri awak tawaran sebanyak RM300,000 jika awak sudi untuk menerima tawaran sebagai ‘anak ikan’.
“Ini betul, saya bukan nak ‘scam’ awak, saya serius.
Perbualan yang dikongsi pelakon terkenal tersebut di IG Story minggu lalu.
“Kalau berminat, boleh terus balas direct message (DM) ini,” tulis individu berkenaan.
Enggan berdiam dan bimbang situasi berlarutan, pelakon drama filem Jemputan Ke Neraka itu membalas mesej langsung tersebut dan bertanya sama ada individu tersebut berminat untuk membuat sumbangan kebajikan.
Dalam masa sama, aktor tinggi lampai itu tidak menyangka bayaran untuk menjadi ‘anak ikan’ ditawarkan semahal dan semudah itu.
“Kaya eh, kalau macam itu, mahu buat sumbangan dekat rumah kebajikan tak? Saya ada kenalan untuk kebajikan jika awak berminat
“Mahal juga ye bayaran rupanya,” ujarnya.
Menurut KOSMO, ini bukanlah kali pertama berlaku kerana beberapa selebriti lain seperti Afieq Syazwan, Mas Khan dan ramai lagi yang juga turut berdepan isu sama sebelum ini.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: KOSMO, Instagram Hafreez Adam
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.