Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE

Sebelum ini, Laman impiana pernah siarkan resepi untuk hasilkan baja organik untuk mendapatkan saiz daun untuk tanaman jenis sayur berdaun lebar. Nak rasepi untuk hasilkan baja daun oversize [klik sini]. Macam mana pulak nak hasilkan buah oversize?

Kebiasaanya, ladang buah-buahan akan menggunakan baja kimia untuk menggalakkan tumbesaran dan racun kimia bagi mengelak serangga perosak seperti lalat buah dan kumbang. Tapi untuk anda yang ada dusun atau kebun buah sendiri, takkan lah bahan kimia juga menjadi pilihan anda? Apa kata kita berubah kepada sesuatu yang lebih organik dan semulajadi demi menjamin kesihatan yang baik.

Baja organik ini telah diamalkan oleh pekebun Thailand sejak dahulu lagi untuk mendapatkan hasil buah yang oversize. Lagi pun, untuk hasilkan baja buah oversize ini tidak memerlukan bahan yang rumit dan banyak. Berikut resepi untuk hasilkan baja buah oversize.

Bahan-bahan:
3 Kg batang pisang
1 Kg gula merah/molasses
1 botol kecil Yogurt/yakult

Cara-cara:
1. Pastikan anda pilih batang pisang yang masih belum berbuah dan buangkan 2-3 lapis kulit utama. Hiris empulur batang pisang menjadi saiz kecil
2. Masukkan empulur yang telah di hiris tadi di dalam beaks perapan dan masukkan gula merah berserta yougurt
3. Gaul rata keseluruhan bahan dan tutup rapat sebelum di peram untuk tempoh 7 hari
4. Selepas 7 hari perapan, tyapis dan simpai cecair atau baja yang dihasilkan di dalam botol kedap udara

Cara guna:
Campur 50ml cecair atau pati baja bersama 20 liter air tanpa klorin. Semburkan baja organik batang pisang ini pada keselurhan pokok terutamanya bahagian daun sehari sekali sama ada di waktu pagi atau petang.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply