Aktiviti Menarik Di Utama Farm, Pancing Dan Makan Terus Di Situ!

Kedudukan di tengah bandar Petaling Jaya dan dengan kemudahan pengangkutan awam menjadikan Utama Farm tempat wajib dilawati di Selangor.

Pada asalnya, tapak Utama Farm digunakan untuk tujuan kawasan tadahan hujan, tetapi kini bertukar menjadi ruang kebun akuaponik moden, restoran dan kawasan riadah memancing.

Utama Farm ini menggalakkan kesedaran orang ramai tentang pertanian mapan dan menggalakan pemakanan sihat dan bersih.

Jangan risau, Utama Farm tidak menggunakan racun perosak, dan dengan penggunaan sistem akuaponik NFT (nutrient film technique), jika terdapat racun, ikan dan udang tidak akan hidup.

Boleh Memancing, Bestnya!

Selain aktiviti pertanian akuaponik, pengunjung juga boleh beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau.

Pengunjung boleh memancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Jika tidak mahir, staf boleh memberi tunjuk ajar cara untuk memancing dengan betul.

Pilih Ikan Dan Boleh Makan Ikut Tekak

Apa yang menarik, selepas penat memancing, hasil tangkapan boleh terus dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Hah, jangan risau ada pelbagai jenis masakan yang boleh diminta terus dari dapur, siap boleh pilih ikan terus dari kolam.

 

Lengkapkan hidangan udang dan ikan dengan sayur-sayuran organik “siew bak choy, kailan, choisam” terus dari kebun.

Pengunjung juga boleh memilih menjamu selera pelbagai makanan gaya Kopitiam. Macam-macam ada!

Cuci Mata Tengok Pokok Hiasan

Tidak kurang juga, pengunjung boleh mencuci mata dengan jualan pokok hiasan rumah yang dipamerkan di sekitar kawasan Utama Farm. Pilih sahaja mahu yang mana, harga pasti berbaloi!

Kalau nak kelainan isi waktu lapang, Utama Farm juga boleh menjadi lokasi keraian seperti makan malam, sambutan hari lahir dan program korporat seperti bengkel, kursus dan mesyuarat. Nanti anda boleh lah beri pengalaman baru pada anak-anak waktu cuti sekolah.

Selamat bercuti!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply