Jom kita Kenali English Herbs; Daun Bay Perbaiki Aroma Rasa Makanan yang mampu memberi rasa yang cukup istimewa dalam setiap hidangan.
Pokok Bay atau Laurus nobilis di dalam nama botani merupakan sejenis tumbuhan dari rumpunan keluarga avocado iaitu Lauraceae. Mempunyai banyak nama jolokan lain seperti Bay Laurel, Sweet Bay, Indian Bay, Sweet Laurel, Grecian Laurel, Roman Laurel, Nobel Laurel, Poet’s Laurel, Apollo’s Bay leaf dan Bay leaf, ia tumbuhan berbau harum, malar hijau, berdaun renek tetapi boleh membesar sehingga mencecah 60 cm.
Untuk tujuan bertaman, Pokok Bay akan dipotong sehingga 8 cm atau kurang. Memandangkan pokok ini mudah dipangkas dan dapat mencipta sebuah bentuk seni hortikultur yang menarik, ia akan dibentuk menjadi sebuah piramid malar hijau yang dapat mengindahkan sesebuah laman. Bentuk dan permukaan daun Bay agak kasar, lebat, bujur, berwarna hijau gelap berkilat serta lingkungan panjang daun ialah di antara dua sehingga empat sentimeter.
RAHSIA HEBAT UNTUK KULINARI
Pokok Bay menjadi anugerah yang bernilai dan mengkagumkan dek kerana fungsi yang dimiliki begitu luas dan banyak. Di dalam bidang kulinari misalnya, daun Bay telah menjadi salah satu rempah rahsia yang sempurna di dalam masakan dan digunakan secara komersial di peringkat antarabangsa. Penggunaan daun Bay dalam seni kulinari begitu mengujakan kerana tiada rempah dan rasa yang mampu menggantikan keunikan rasa yang terhasil dari daun Bay.
Meneliti secara saintifik elemen-elemen yang dimiliki di dalam helaian daun ini, ia mengandungi estrogel dan ‘volatile compound’ yang memberikan ‘soothing element’ untuk menyeimbangkan rasa panas dan rasa rempah. Kandungan daun Bay ini yang memiliki keasidan dan kompenen herba di dalam sesuatu masakan, sangat membantu mengenakkan lagi rasa sup, rebusan, sos mahupun stok.
Ternyata gandingan daun Bay bersama bawang putih dan minyak zaitun memberikan impak trifecta di dalam rasa masakan yang menggunakan teknik ‘slow cooked’ seperti masakan kekacang dan daging ataupun masakan tumisan untuk udang dan ikan. Rahsia penggunaan daun Bay yang segar lebih menjadikan masakan tersebut bertambah enak berbanding menggunakan daun Bay yang telah dikeringkan.
MENJADI REMEDI 1001 PENYAKIT
Daun herba yang mempunyai bau tajam dan sedikit rasa pahit ini mengandungi pati esen dan Eucalyptol. Kandungan aktif ini mampu menghalau serangga dari memasuki ruang dapur. Lagi satu elemen aktif di dalam daun Bay ialah Polyphenol. Ia amat berguna sebagai remedi merawat beberapa jenis penyakit di antaranya ialah penyembuhan lebam atau luka badan. Kajian dari beberapa jurnal pada tahun 2006 dan 2011 menemui kehebatan daun Bay yang boleh menyembuhkan luka dalam masa 10 hari. Esktrak daun Bay yang ditemui mempunyai antimicrobial mampu menentang pathogens termasuklah Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, Aspergillus fumigatus dan Candida albicans.
Di dalam jurnal Clinical Biochemistry and Nutrition yang dibuat pada tahun 2009 telah mengesan seseorang yang menerima satu gram hingga tiga gram daun Bay setiap hari selama sebulan akan mendapati kandungan glukosa di dalam darah semakin menurun. Tidak hanya itu, penurunan kolestrol dan triglycerides turut terkesan. Memandangkan diabetes juga menjadi punca kepada penyakit serangan jantung, kajian telah dapat membuktikan daun Bay turut menghalang dari serangan penyakit tersebut. Tumbuhan ini juga melegakan seseorang dari batuk, bronchitis, selesema dan jangkitan dada. Ia juga terbukti berkesan menghilangkan sakit kepala, bengkak, rheumatic dan artritis. Disamping itu, seseorang yang mengalami demam panas atau demam selesema apabila diaplikasikan daun Bay kepadanya, ia dapat membuatkan pesakit berpeluh, demam semakin berkurangan serta cepat melegakan selesema. Tanaman ini begitu baik untuk tujuan meyembuhkan masalah pencernaan dan mengurangkan flatulence.
PROSES PENANAMAN DAN PENJAGAAN
Ia perlu ditanam di dalam tanah yang bersaliran baik dan mempunyai kandungan kompos yang mencukupi. Tanaman ini boleh hidup dengan subur di dalam kadar pH tanah di antara 4.5 hingga ke 8.3. Habitat penumbuhannya dapat diperlahankan apabila dibesarkan di dalam pasu. Oleh kerana itu, daun Bay mudah ditanam secara indoor atau dalam kawasan yang berbumbung.
Proses pembiakan pokok Bay boleh dilakukan dengan teknik keratan batang ataupun air layering. Air layering akan melukakan pokok tersebut dan dibungkus dengan lumut sphagnum. Akar pokok Bay yang terluka akan ditumbuhi dengan akar. Akar tersebut kemudiannya boleh dipotong dan ditanam.
Tanaman ini sebaik-baiknya di tanam sama kedalamannya ketika ia berada di pasu yang pertama ia ditempatkan. Mempunyai akar yang sangat pendek menjadikan tumbuhan ini memerlukan penyiraman yang kerap lebih-lebih lagi di saat musim kering.
Dari sudut pemangkasan, pokok Bay sebaik-baiknya selalu ditangkas untuk memastikan ianya dalam bentuk yang baik.
Pada kebiasaannya, pokok Bay bebas dari masalah serangga perosak. Istimewanya lagi, pokok Bay berperanan menghalang serangga perosak dari memusnahkan tanaman lain. Walaubagaimanapun, kehadiran rama-rama yang gemar membebaskan telur diantara dua helai daun Bay dan mengakibatkan daun tersebut terlekat dalam keadaan berkapas (cottony fluff) tentu menyakitkan ‘pandangan’. Namun yang demikian, permukaan tersebut boleh dihilangkan dengan cara menanggalkan secara lembut ‘cottony fluff’ itu dan buangkan larva atau telur rama-rama yang ada di bahagian daun tersebut.
Artikel Seterusnya:Cara Mudah Semai Bayam Dari Biji Benih Gerenti Hidup
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.