Ulam Raja Berpotensi Kuatkan Minda Dan Mengurangkan Stres

Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, tanaman ulaman yang paling terkenal dan mudah untuk dibiakkan. Sambal belacan adalah padanan terbaik untuk menjamu ulaman ini sebagai juadah.

Ulam raja bukan sahaja enak di makan, malah tinggi khasiat untuk kesihatan dan telah diamalkan secara tradisional sejak dulu kala. Petikan artikel dari website Majalah sains menjelaskan, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g tanaman ini membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.

Baca juga: 3 Khasiat Daun Beluntas Yang Rugi Kalau Kaum Wanita Tak Amalkan

Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.

Berikut 3 ringkasan dari kajian yang telah dilakukan:

MEMPERBAIKI FUNGSI OTAK DAN TAHAP KOGNITIF

Satu kumpulan manusia telah di beri kapsul ulam raja selama 12 hari berturut-turut. Hasilnya, markah ‘Mini Mental State Examination’ (MMSE) untuk kumpulan lebih tinggi berbanding yang tidak. Ia berkemungkinan disebabkan oleh kandungan flavonoid yang tinggi dalam tanaman ini. Kandungan tersebut berupaya melindungi otak dari sebarang kecederaan ketika berada di laluan neuroprotektif

ULAM RAJA BERPOTENSI MENGURANGKAN STRES

Tanaman ini didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety)

ANTIOKSIDAN DAN MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS

Kandungan antioksidan dan radikal bebas di dalam tubuh memberi kemudaratan. Ini adalah kerana radikal bebas berlebihan yang tidak dineutralkan oleh antioksidan akan menyebabkan kerosakan sel-sel badan dan seterusnya boleh mengganggu fungsi otak. Justeru itu, pengambilan tanaman ini didapati telah meningkatkan aktiviti enzim antioksidan (glutathione) dan berjaya menurunkan tahap radikal bebas (malondialdehyde). Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati tanaman ini mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply