Tip Bagi Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat

Tip Bagi Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat. Ramai beranggapan, petunia adalah tanaman bermusim. Apabila selesai musim berbunga, petunia mula mati dan perlu digantikan dengan tanaman yang baru.

Sebenarnya, memang petunia merupakan tanaman bermusim. Namun atas beberapa teknik penjagaan yang mudah, petunia bukan sekadar lebih tahan lama malah mudah dibiakkan.

Namun, sahabat laman perlu pastikan 7 perka WAJIB ni dilakukan.

1. Matahari yang mencukupi
Untuk memastikan petunia sentiasa berbunga lebat, pastikan ia mendapat cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari terutamanya di waktu pagi. Melalui penerimaan cahaya matahari yang mencukupi, ia mampu menggalakkan penghasilan kudup bunga baru.

2. Siraman mencukupi
Petunia mempunyai batang yang lembut dan menyimpan kandungan air yang tinggi. Namun, ia tidak bermakna petunia tidak memerlukan air. Ia masih perlu disiram setiap hari terutamanya di awal pagi. Tapi, pastikan siraman tidak berlebihan kerana ia akan menyebabkan bahagian batang mudah melecur. Sebaiknya, sebelum melakukan siraman periksa kondisi medium tanaman. Jika masih lembap, ia tidak perlukan siraman.

3. Sediakan medium tanaman yang betul
Untuk menyediakan medium tanaman yang terbaik untuk petunia dalam pasu, pastikan medium tanaman mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang terbaik. Pilihan medium pemasuan terbaik untuk petunia adalah campuran yang terdiri daripada jenis bahan yang dikategorikan sebagai soil-less. Nak tahu apakah bahan-bahan yang dimaksudkan, [klik sini]

4. Baja penggalak bunga
Petunia merupakan tanaman yang memerlukan baja yang banyak. Selain memastikan medium tanaman yang digunakan kaya dengan bahan organik, penggunaan baja secara berkala juga perlu dilakukan. Baja terbaik untuk petunia adalah dari jenis slow release seperti NPK 10-10-10. Namun, jika pokok bunga anda mabuk daun dan kurang berbunga, anda memerlukan baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang rendah

5. Pinching
Potongan dahan dengan menggunakan jari atau teknikalnya dipanggil pinching, mampu menggalakkan pertumbuhan cabang baru. Jadi pastikan setiap cabang dilakukan pinching sekurang-kurangnya 2-3 helai daun dari pucuk utama. Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

6. Deadheading setiap hari
Untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada kudup bunga baru berkembang dan tumbuh, Lakukan deadheading pada bunga-bunga yang telah selesai berkembang setiap hari.

7. Perhatikan serangga
Petunia kerap diserang serangga seperti aphids. Jadi, pastikan anda sentiasa memerhatikan petunia terutamanya di bahagian bawah daun. Jika ada kelihatan tanda-tanda serangan, lakukan pencegahan segera.

Selain itu juga, anda boleh cuba 13 tip terbukti berkesan yang di amalkan oleh seorang wanita peminat petunia.Untuk artikel lengkap [Klik Sini]


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply