Teknik Tanam Cili Menjadi-Jadi, Baru Hasil Buah Lebat. Memang ramai suka bercucuk tanam. Antara tanaman yang wajib adalah lada. Tapi, lada ni kalau di tanam tak kena cara memang pokok subur tapi kedekut buahnya. Tapi, kalau cara nya betul, tanam 2 pokok pun puas makan. hari-hari boleh tuai cili segar. Nak tahu cara tanam cili menjadi-jadi dan buah lebat, boleh ikut perkongsian Mohd Amri
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Baca juga: Baja Organik Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Cili
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.
4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.