Rose Jepun gantung atau portulaca adalah antara tanaman penutup bumi yang paling mudah di tanam dan mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. disebabkan ia terlalu senang membiak dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit, ramai gemar memilih tanaman ini menghiasi laman mereka.
Apa kata untuk mempelbagaikan lagi dekorasi di laman, cuba tanam ros jepun gantung pula. Untuk lebih menarik, campur pelbagai warna bunga dalam satu pasu
Walaupun Rose Jepun dikategorikan sebagai tanaman penutup bumi yang menjalar, ia juga sesuai ditanam secara gantung.Untuk pastikan Rose Jepun yang ditanam secara gantung merimbun dan meriah, ini teknik yang perlu anda lakukan.
Baca juga: (VIDEO) Buat Sendiri Pokok Bonsai Dari Rose Jepun, Mudah Sahaja
1. Sediakan pasu yang sudah siap dengan tali atau tempat penggantung dan tebuk lubang dengan gerudi mata hole saw pada dinding pasu.
2. Lapiskan satu helai plastik hitam pada dasar pasu dan isikan medium ringan seperti coco peat sehingga penuh pasu dan padatkan. Lebih mudah basahkan sedikit medium di dalam pasu dan ambil sebiji pinggan sebagai penutup sementara.
3. Terbalikkan pasu dan tebuk lubang pada permukaan plastik tadi sebagai lubang tanaman
4. Tanam keratan batang Rose Jepun gantung pada setiap lubang yang telah ditebuk
5. Selesai semai keratan pada bahagian lubang yang ditebuk, gantungkan pasu dan tanam pula pada permukaan atas
ros jepun gantung
(Nota: susunan gambar tidak mengikut langkah-langkah penanaman)
Sumber: http://kebunfb.blogspot.my/
Racun Serangga Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’.
Cara – cara:
1) Kupas sebiji oren. Jika tiada buah oren segar, anda boleh menggunakan 1 1/2 sudu kulit limau kering ( dried citrus) atau 1 sudu minyak limau ( orange oil ). Citrus atau limau berupaya untuk mencegah serangga- serangga yang berbadan lembut seperti siput, afid, agas dan ‘ mealy bug’. Citurs juga berkesan kepada semut dan juga lipas apabila disembur terus kepada serangga ini.
2) Masukkan kulit limau tersebut ke dalam bekas dan campurkan 2 cawan ( 500 ml) air panas ke dalam bekas tersebut. Biarkan larutan di kawasan yang hangat selama 24 jam.
3) Tapiskan air larutan tersebut. Asingkan air daripada pati oren. Air yang ditapis akan digunakan sebagai racun organik
4) Tambahkan beberapa titis sabun castile ( sabun berasaskan minyak ). Sabun castile berbau ‘peppermint ‘ dikenalpasti sebagai sabun yang effektif. Kacau campuran tersebut.
5) Tuangkan larutan tersebut ke dalam botol sprayer dan racun tersebut sedia untuk digunakan pada pokok untuk mencegah serangga – serangga berkulit lembut. Sembur juga larutan tersebut kepada lipas atau semut secara terus.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.