Bunga kertas adalah antara tanaman berbunga yang paling mudah dipelihara. Namun bagi peminat bunga kertas, saat pokok menghasilkan bunga yang padat, padu, lebat dan merimbuan adalah yang paling menyeronokkan. Ada tu, bunga lebih banyak dari daun. Pokok bunga kertas sesuai di tanam terus di atas tanah atau di dalam pasu. Tapi, ramai yang merungut bunga kertas berpasu yang ditanam kedekut berbunga. Betul ke?
Betul lah tu. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah baja yang tidak mencukupi. Tapi ada pula yang kata baja dah cukup, dah ikut jadual betul tapi tetap tak berbunga. Itu berakna, teknik pembajaanya pula lah yang tak tepat.
Pakar bunga kertas, En. Mahadir Hj Han berkongsi teknik betul pembajaan bunga kertas yang ditanam dalam pasu
Baca juga: Bunga Kertas Lebat Dengan 1 Senduk Bahan Dapur Ini
Cara Saya lakukan Pembajaan bunga kertas berpasu
- Basahkan keseluruhan Tanah.. Bagi melimpah Dan lebih bagus Kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
- Biarkan 30 minit (Time ni Kita tengok ada air bertakung atau tidak.) Kalau ada ni benda yang tidak bagus.. (Gunakan kaedah yg Saya share sebelum ni. ‘2 perkara yg berbeza’.
- Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti Ada yang Tanya..akar terputus Tak ada masalah ke..
Ini yg Saya lakukan.
*. Putuskan akar halus kerana Kita dapat had kan Pertumbuhan akar yang terlalu banyak. Gunakan gunting untuk tujuan gembur kerana ia lebih tajam.
* Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
*. Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
4. Tabukan baja.. (siram sekali lagi bagi tujuan basahkan baja yang baru Kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah Kering ATAU siram setiap Hari tetapi basahkan sedikit sahaja bahagian atas.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NPK SEDIKIT LAYU..
P/S: jangan ada rumput dalam pasu Bunga Kertas..
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.