Sebab Tanam Rumput Tak Menjadi, Ramai Tak Tahu

Ramai orang suka tanam rumput tetapi ada kalanya tidak cukup info bagaimana ingin menjaga dengan baik agar rumput tumbuh sihat dan subur. IMPIANA sertakan perkongsian daripada kontraktor rumput iaitu saudara Azlisham dari Sham Laman Hijau (www.facebook.com/shamlaman.hijau) tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik kediaman.

17 Kesilapan Semasa Tanam Rumput Yang Mungkin Terjadi Kepada Anda

  1. Tidak meracun rumput liar dengan sempurna (rumpai atau tanaman asing liar) yang meliputi halaman.

Saranan: Lakukan semburan secara sistematik bukan secara rambang

 

  1. Tidak faham jenis racun yang sesuai digunakan(racun saraf atau sistemik dan racun sentuh); menentukan tindak balas cepat atau lambat.

Saranan:

  1. Racun sentuh : Contoh Paraquat bertindak balas dalam masa 2 jam selepas semburan
  2. Racun saraf : Contoh Roundup kesan kelihatan selepas tiga-lima hari semburan

 

  1. Meracun tanpa fikirkan kesesuaian masa.

Saranan: Masa terbaik meracun ialah pada jam 10 pagi – 2 petang.

  1. Gagal patuhi arahan pada label botol racun.

Saranan: Sila ikut jadual sukatan mengikut jenis rumpai.

 

  1. Tidak membuat ulangan semburan racun walaupun tahu semburan pertama tidak mendatangkan hasil diharapkan.

Saranan: Lakukanlah semburan kedua atau ketiga (jika perlu) andai semburan pertama gagal.

 

  1. Tidak membersihkan dan membuang sisa-sisa rumpai, tunggul, batu-batu konkrit pembinaan dan sampah sarap lain.

Saranan:  Lakukan kerja pembersihan secepat mungkin.

  1. Tidak meratakan tanah bagi tujuan kesamarataan ketinggian tanah (leveling). Kegagalan ini akan mendatangkan masalah saliran air keluar dan masuk dan menyebabkan tanah bertakung.

Saranan: Ratakan tanah bagi menjamin air tidak bertakung.

 

  1. Enggan menggunakan sistem sub-soil dan sistem semburan air automatik (sprinkler) di halaman luas.

 

  1. Terlalu berkira apabila disarankan menambah top soit (tanah atas) bagi penyediaan medium tanaman baru dan lebih subur.

 

  1. Tidak mahu menggunakan pasir sungai.

Saranan : Pasir sungai sangat perlu sebagai asas leveling dan saliran air baik.

 

  1. Tidak memampatkan tanah dengan baik.

Saranan : Tanah perlu dimampatkan untuk kuatkan struktur tanah

 

  1. Lupa taburkan serbuk rawatan tanah (CIRP/sulfur/atau kapur pertanian /baja organik)

Saranan : Jangan lupa . Ia sangat mustahak untuk neutralkan tanah berasid atau beralkali.

 

  1. Menggunakan kaedah penanaman salah.

Saranan : Gunakan kaedah penanaman close turfing

 

  1. Ingin hasil yang terbaik dengan membeli rumput gred rendah (murah)

Saranan : Beli rumput gred A atau berkualiti. Memang sedikit mahal tetapi berbaloi.

 

  1. Kurang peka dengan pembajaan rumput.

Saranan : Gunakan baja N:P:K= 15:15:15

 

  1. Lupa menyiram tanah sebelum menanam rumput.

Saranan : Siram tanah bagi melembutkan media tanaman

 

  1. Tidak memadatkan rumput yang telah ditanam.

Saranan : Padatkan rumput  dengan cara manual (memijak) atau menggunakan mesin.

Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wajib Kenal 7 Serangan Kulat Pada Rumput


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply